BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 12, 2009

review - buzzer beat (japan)

Buzzer beat sebenarnya bukanlah sebuah filem tetapi merupakan drama jepun. Kadang-kadang layan drama best juga kan??? Tapi ada dua drama yang aku anti sket iaitu drama melayu dan korea. Drama melayu sebab endingnya leh diagak sejak dari permulaan cerita lagi and klimaks dier lansung tak menarik. Tapi ada jugak yang aku layan macam drama Nur Kasih dan Cinderella. Drama Korea aku tak minat sebab i find their language lansung tak menarik (Sorry orang korea....).Sebab best sangat, aku habiskan tengok citer nie 1 hari je.Start kul 1 pagi lepas exam math sampai kul 7.45 pagi...aku tidor kejap sebab kul 10 aku ada kelas btq and math (tapi tersengguk-sengguk gak dalam kelas tuh..) pastue hajat nak sambung tidur balik..lsat-last aku habiskan balik kira-kira jam 4 petang...Cukup pasal cerita aku,sekarang kita teruskan kepada sinopsis drama ini....

Sinopsis : Drama ini menceritakan tentang Naoki yang merupakan pemain basketball pro yang kurang keyakinan diri. Perkara ini agak menganggu terutamanya ketika detik-detik penting dalam perlawanan dan turut menganggu perhubungannya dengan ketua cheerleader, Natsuki. Shirakawa pula merupakan seorang yang amat cheerful dan amat meminati violin tetapi agak kurang berbakat. Shirakawa dan Naoki bertemu di sebuah taman permainan dan mereka mula berkenalan antara satu sama lain. Tetapi Shirakawa turut mempunyai BF iaitu headcoach Naoki. Dalam kehidupan Natsuki pula, datang pula Yoyogi, yang menawarkan sesuatu yang berbeza daripada Naoki. Maka, disini bermula satu cinta bersegi-segi.....

Review :  Amat menarik. Lain daripada lain. Bagi aku, filem ini agak memberi kesan kepada aku kerana aku belajar beberapa perkara dalam drama ini. Yang pertama, cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Ia akan datang dengan sendiri. Betapalah indahnya cinta itu kerana ia akan datang kepada yang betul-betul ikhlas......

Kedua, kita akan menghargai sesuatu setelah kita hilang benda tersebut.

Ketiga, "When something too perfect, there is great defect there"......faham tak??? Kalau tak faham, tanya    orang yang faham....


Keempat: this drama also show me what it's feel when we someone we LIKE and someone we LOVE. That two different thing. Someone we like means orang tue kita minat sebab dier orang popular, hensem atau mempunyai six pack muscle, so we like that. Someone we love means orang tue kita minat sebab peribadinya dan kita mampu berbicara dengan dier apa sahaja tanpa halangan dan dier akan mendengar dengan penuh tekun danyang paling penting kita berasa selasa ketika bersamanya....Tanpa ada sebarang rasa nak "control macho" sana-sini...that someone we love...

Pasal lakonan, cinematography, and sound ....it's all ok...
Watak yang paling aku suka dalam drama tue ialah watak Mai, kawan kepada Shirakawa...Aku memang berharap dapat menjadi seperti dier..Happy Go Lucky tapi still tegas dalam certain perkara....kepala giler-giler sket...berfikiran optimistik,terbuka dan fleksible....seronok giler aku tgk dier....Last comment....kepada sesiapa yang tgh bercouple skang....anda MESTI tgk drama nih untuk value balik setakat mana cinta anda kepada pasangan anda.....

rating : 9.5 (best....)

Saturday, December 5, 2009

review filem-Papadom



Sinopsis: Ini adalah sebuah filem daripada afdlin shuaki yang memaparkan seorang bapa yang amat protective kepada satu-satunya anak perempuannya, Miasara(Liyana Jasmay). Miasara telah kehilangan ibunya ketika kecil kerana satu kemalangan ngeri ketika ibu Mia (Mun-Noorkhiriah) bergaduh dengan bapa Mia (Saadom-lakonan Afdlin Shauki). Pergaduhan itu tercetus kerana ibu tidak berpuas hati dengan sikap saadom yang amat pentingkan kerjaa sehingga "melupakan" anaknya.Sebenarnya, dalam fikiran Saadom, Miasara sentiasa ada, dan oleh sebab itu Saadom berkerja kuat untuk membolehkan Miasara beroleh kehidupan yang senang. Tetapi itu tidak dapat difahami oleh ibunya. Akibat rasa bersalah kerana seolah-olah kematian ibu Mia disebabkan olehnya, sejak daripada itu, Saadom tidak dapat berenggang dengan Mia. Kemana sahaja Mia pergi, disitu dia ada. Perkara ini berlanjutan sehingga Mia memasuki universiti. Saadom sanggup menjadi pekebun asalkan dapat bersama Mia.

Review: Amat menarik. Lakonan yang bersahaja daripada Liyana Jasmay dan Afdlin Shauki menjadikan filem ini seolah-olah memang berlaku di dunia realiti. Memang layak Liyana Jasmay menerima anugerah sebagai pelakon wanita terbaik FFM-22 . Walaupun konsep cerita sebegini telah lama di Hollywood seperti cerita imagine that, tetapi konsep sebegini masih baru di Malaysia menjadikan filem ini stand out from other Malaysian film. Dibarisi dengan pelakon handalan Malaysia seperti Vanidah Imran dan Que Haidar amat membantu filem ini untuk berada di kelasnya yang tersendiri. Perilaku kasih-sayang daripada ayah amat mendalam sebenarnya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata (selalunya lah sebab ayah tak pernah nak peluk2 cam ibu) tetapi kita tahu mereka tetap mengambil tentang kita dengan cuba mencukupkan segala keperluan kita dengan berkerja keras. Oleh itu, walau apa jua yang terjadi LOVE YOUR DAD..............

rating : 8.5 (lakonan yang berkesan daripada kesemua pelakon)

New Header......

Today, i put new header. I choose this header because i attract to the designer philosophy behind this header creation that is wirdy hamidy from Brunei......
below is the explanation from the designer.....

The ideas are quite simple. Valentines soon, so I got this idea of making this header. Each of them represents feelings as it is presented in ways such as the graphics itself, colors etc. I made all the images my self. Just got them after compiling all my artworks from my artbag and then I just simply paint them using Photoshop.

Back to the feelings, I may make a list of definitions for it.

  • On the left side, the girl with plaster glued on her mouth means she cant say what she actually want to say. you know, sometimes people just cant spit the words out when someone likes this person.
  • Then, you can see these two couples, from this, I use colors to symbolize feelings. green is for envy and red is for desire. every couple fights — obviously. But in the end, they still love each other anyway. you can see it from the faces (the couple graphic).
  • And that sheep, it’s symbolizes a female. You might laugh about this, but its true! Sheeps fur is soft, like girls, soft on the outside but then you see the real deal inside. The reason I place the sheep like that is to show how girls can just simply make the guy fall for her and be the queen in just one blink.
  • And for the background, its just some doodles I made at my science class last 2 years, I think it fits this whole thing don’t you think?
Designed by Wirdy Hamidy from Brunei Darussalam.

Wednesday, December 2, 2009

Karenah rakyat malaysia-(Edisi Hari Raya Qurban)



Pada 27 NOv 2009, semua umat islam di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban, tidak terlepas aku
(memanglah, aku kan orang islam gak) so, untuk menyambut Hari Raya, aku pulang ke kampung my father
kat Tanah Merah. Nak dimulakan cerita, aku nak cakap la, balik kelantan nih lebih kurang cam pergi
Saudi Arabia balik hari sama(aku agak la), 14 jam woo....memang penat. Start perjalanan dari KL pukul 1.00ptg sebab kelas Chem Lab aku habis pukul 12.30 t.hari (tapi aku skip kelas fizik lab he3...). Sampai kampung kul 3.00 pg. Traffic memang teruk giler...mungkin sebab Hari Raya nih bertembung dengan cuti sekolah plus cuti hari minggu...Nak dijadikan cerita untuk  

karenah pertama-di restoran

My family berhentilah kat satu restoran untuk makan malam. Mase tue dah pukul 9.30 malam...masa masuk restoran tuh, kelihatan banyak meja kosong dan semua yang berada kat situ sudah mendapat makanan...jadi aku berfikir "mesti cepat nih, sebab semua dah dapat makanan".....9.40 pm berlalu..kelihatan beberapa family memasuki restoran itu..10.00 pm berlalu...tup-tup, family yang baru masuk tue dapat dulu...melihat kejadian itu...apalagi, berlaku lah adegan ini:
 my mum: Dik, lambat lagi makanan nak sampai?Kitorang dah tunggu lama nih...
waiter: ermm...sorry kak,baru masak..
my mum: baru masak?kenapa family tue dapat dulu? dia datang lambat daripada kami...
waiter: dier punya senang kak..nasi goreng je...
my mum:@#$#$..apelah punya restoran....
my father: kita bayar air je lah..pastue kita blah..
aku: sokong..kita blah sekarang jugak..
my sis: sabar la sekejap (dengan muka kelaparan yang amat)
my father: yelah.....
....10.15 pm baru dapat makanan...nasib baik lah makanan tue sedap..sejuk skit hati nih...

karenah kedua- di stesen minyak...

Jumlah kereta meningkat secara mendadak di jalan raya...ini bermakna kehadiran kereta-kereta di patrol pump turut meningkat menyebabkan terpaksa beratur panjang hanya untuk mengisi minyak. Kejadian ini berlaku masa aku nak isi minyak di stesen minyak Petronas di Tanah Merah...tengah elok-elok beratur panjang..tiba-tiba ada seekor mangkuk hayun potong Q dan terus menyelit masuk. Aku and my mum apabila tengok aksi tuh..terus la hangin...sampai je turn aku untuk mengisi minyak...my mum terus marah pump attendant tuh (kat kelantan and terengganu still ada pump attendant) kenapa bagi orang lain potong Q...

karenah ketiga- di jalanraya...

macam aku ceritakan kat awal tadi....amat banyak kenderaan berada di jalan raya...so, perjalanan amat slow dan terpaksu beratur panjang macam itik pulang petang...namun ada sesetengah pemandu tidak tahan dengan pemanduan seslow ini (bosan woo...banyak berhenti)...so.diorang nih potong lah ikut kanan jalan....mula-mula sebuah, pastu 4 buah...last-last jalan dari Kota Bharu menghala ke KL penuh dengan kenderaan dari KL ke Kota Bharu...jalan ke KB ada 2 lane..jalan ke KL 0 lane(kene guna pembahu jalan)...kreatif betul pemandu Malaysia..respek2





kesesakan yang berlaku ketika pulang beraya....


p/s: kalau korang perhatikan, cerita kali nie semua pasal beratur...(kebetulan la pulak)... kepada pemilik restoran semua...buatlah order ikut turutan..jangan buat order ikut yang mana senang...seksa pelanggan tunggu...kalau pelanggan tuh cepat hangin cam my mum...kan tak pasal-pasal kene fire free....kepada pemandu-pemandu semua...bersabar lah sikit...consider lah orang yang beratur lama (nasihat nie untuk semua actually...tak kesah la korang reti bawa kereta atau tak yang beratur apabila orang lain,jangan buat kepala sendiri je.......)

Monday, November 30, 2009

LPT OH LPT!!!!!




Malaysia mempunyai banyak lebuhraya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur,
Lebuhraya Damansara-Puchong dan banyak lagi....memang memudahkan dan menyenangkan pergerakan. Tetapi
tahukah anda mengenai konspirasi disebalik pembinaan lebuhraya ini? Anda mungkin tertanya-tanya
apakah konspirasi yang mungkin ada pada jalan....

Baiklah....kita mulakan dulu dengan Lebuhraya Pantai Timur yang masih dalam pembinaan.Lebuhraya ini
sebenarnya dibina oleh pihak JKR sepenuhnya daripada step pertama iaitu bahagian pengambilan tanah
sehinggalah pembinaan jalan itu  sendiri...SEPENUHNYA OLEH PIHAK KERAJAAN...tetapi sebaik sahaja lebuhraya ini siap, ia akan diserahkan kepada MTD CORPARATION dan hak memungut tol diberikan kepada company ini. So. anda nampak tak kepelikkanya? Kerajaan buat jalan, MTD dapat duit...Apabila ditanya
kenapa MTD memungut tol..jawapanya ialah untuk proses maintainance...takkan lah proses maintainance
mancapai hampir Rm 500j? Ditanya pula kenapa diadakan perjanjian antara MTD dan Kerajaan dan membenarkan MTD untuk mengutip tol sedangkan kerajaan yang buat kerja....jawapannya ini adalah rahsia kerajaan...senangkan "jawpannya"....Pasal maintainance, pulak takkan pihak kerajaan tak mampu nak selia jalan sendiri???



Kita bercerita pula tentang Lebuhraya Utara-Selatan yang berada dibawah seliaan PLUS. Yang nie kerajaan
buat pengambilan tanah manakala proses pembinaan jalan dilakukan sepenuhnya oleh pihak PLUS. Dalam
kontrak, pihak PLUS diberikan hak mengutip tol selama 30 tahun dan setiap 3 tahun pihak kerajaan mesti
mengkaji kadar tol. Sebab itulah setiap 2-3 tahun sekali kerajaan mesti menaikkan kadar tol,jika tidak,
kerajaan mesti membayar pampasan kira-kira 1 juta kepada pihak PLUS.Konspirasi yang berlaku disini ialah
setiap kali pihak PLUS membuat pembaikan jalan seperti major road revonation seperti kat tol jelapang atau
penambahan satu lorong di lebuhraya KL-SEREMBAN (masih dalam perbincangan)...pihak PLUS akan menuntut supaya tempoh kontrak mengutip tol dilanjutkan dengan alasan kononya untuk menampung kos pembaikan itu.
Mengenai isu kajian harga tol setiap tahun, terfikir juga bagaimana kajian ini dilakukan....setiap tahun,
jumlah kenderaan yang melalui lebuhraya itu meningkat, so, adakah peningkatan jumlah kenderaan sebanyak berjuta-juta setahun tidak mampu untuk menampung kos-kos "maintainance" seperti yang digembar-gemburkan?



Dapat diperhatikan disini seolah-olah kerajaan adalah boneka syarikat-syarikat ini dalam memenuhkan
kantong poketnya. Kerajaan yang buat kerja, kerajaan yang umumkan kenaikan tol, tapi yang rilek goyang kaki yang office sambil minum kopi starbuck ialah syarikat-syarikat ini yang "bermurah" hati "menolong" kerajaan.



Soalnya sekarang adakah kerajaan bodoh atau pengundi yang bodoh kerana memilih kerajaan yang bodoh?
Sama-sama kita fikirkan.....

Wednesday, November 25, 2009

in the name of rome (the men who won the roman empire

Aku baru habiskan satu bab buku ini yang mana menceritakan perihal bagaimana sruktur pemerintahan rome secara dasar dan juga membuat sedikit argument tentang percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli sejarah tentang apa sebenarnya peranan seorang jeneral rome di medan perang. secara dasarnya mereka dipilih daripada golongan aristokrat yang dilihat elok berkerja di ruang politik. maka, mereka dipilih menjadi ketua di medan perang dengan anggapan bahawa mereka juga mampu menjadi ketua yang hebat di sana. tetapi apabila dilihat dari kaca mata moden, jeneral ini merupakan seorang yang amatur. bagi yang menyokong pendapat ini, mereka merasakan yang betul-betul mendokong perang rome ialah golongan tentera elite legion.
Tetapi sebelum menerima pendapat ini secara terus, kita seharusnya meneliti bagaimana jeneral ini dipilih, mereka dipilih setelah melalui beberapa peringkat iaitu mereka seharusnya sudah berkhidmat dalam kerajaan sekurang-kurangnya selama 10 tahun atau sudah melalui 10 kempe perang, kemudian mereka dibenarkan untuk memasuki pilihan raya senator.kemudian, daripada mereka akan dilantik sebagai assistant counsel. selepas setahun menjadi assinstant counsel, mereka akan melakukan beberapa tugas bukan tentera.setelah tamat tempoh setahun,mereka akan dilantik sebagi counsel.
So, dapat kita lihat disini bahawa jeneral rome terpilih daripada tentera sebenarnya. maka isu mereka tidak terlatih tidak timbul sebenarnya kerana mereka telah melalui banyak kempen perang yang mana boleh mematangkan mereka tentang strategi perang yang sepatutnya.
Aku juga ingin bercerita disini bagaimana rome sebenarnya terbina dan amat menyanjungi golongan tentera. Perkara ini terbukti bagaimana, apabila satu legion tentera telah memenangi satu kempen, mereka akan diarak dengan penuh meriah oleh warga rome ke tengah bandar. Bagi jeneral pula, mereka akan mengambil sedikit harta rampasan untuk mengukir sedikit permenant proof about their winning their house. then this story will continue generation to generation.

Sunday, November 22, 2009

review filem my sister's keeper....


filem terbaru yang baru aku tonton ialah my sister's keeper.

sinopsis: filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan yang cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang ibu bapanya daripada "memaksanya" mendermakan
kidneynya kepada kakaknya.situasi ini berlaku kerana kate(kakak kanak-kanak perempuan-sofia vasselieva) itu tidak mempunyai penderma yang sesuai. maka, sebagai jalan penyelesaiannya, doktor mencadangkan kepada parent kate supaya melahirkan bayi tabung uji yang mana telah dimodifiedkan genetiknya agar bersesuaian dengan kate.oleh itu, sejak daripada kecil lagi anna (bayi tabung uji-abagail breslin) telah diinject dengan pelbagai ubat untuk memastikan kesamaan genetik kidneynya dengan kate. Klimax filem ini bermula setelah peguam campbell alexander (alex baldwin) setuju untuk mengambil kes anna.parent anna diwakili sendiri oleh ibu anna (cameron diaz) yang merupakan seorang peguam yang terpaksa berhenti untuk menjaga kate setelah kate disahkan meghidap kanser. setelah puas turun naik mahkamah akhirnya peleraian filem
datang apabila abang anna (evan ellingson) mendedahkan kenapa sebenarnya anna menyaman parentnya.itu adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan kate. kate sebenarnya ingin menyedarkan ibunya bahawa dia turut mempunyai adik-adik lain yang patut juga diberikan perhatian bukannya hanya menumpukan 100% kepadanya dan sebagai isyarat bahawa dia telah bersedia untuk pergi ke "dunia lain".


Review: Pergh...amat terkagum dengan lakonan abagail breslin. Begitu matang dan cool.memang filem-filemnya tidak pernah mengecewakan seperti lakonan sebagai gadis comel dalam miss little sunshine dan sebagai anak yang memahami dalam definetly, maybe.gadis ini memang amat cute tetapi disebalik ke"cute"tannya,terserlah ciri gadis matang yang berpendirian apabila mampu bersikap selamba menangani soaljawab parentnya dan judge.walaupun masih muda, tetapi mampu mengangkat filem ini ke tahap tersendiri dibantu dengan pelakon-pelakon kelas'a' holloywood seperti cameron diaz dan alex baldwin.jika abagail breslin diganti dengan kanak-kanak lain, mungkin filem ini hanya bertaraf "bolehlah".plot filem ini disusun dengan amat baik sekali yang mana aku amat sukakan dengan twist yang berlaku di pengahkiran cerita, punca campbell alexandar
mengambil kes anna, punca anna menyaman ibu bapanya dan bagaimana keadaan kate ketika dia meninggal.amat sedih.sesuatu yang boleh kita ambil pedoman daripada filem ini ialah kasih sayang ibu memang tidak terkira besarnya.Mereka sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan anaknya.Tetapi sebagai parent, jangan pula kita melebih-lebihkan seseorang anak berbanding yang lain oleh kerana dia pandai atau sakit atau lawa. Sebenarnya, kisah-kisah sebegini telah lama wujud untuk diambil pedoman oleh ibubapa seperti kisah ibu itik dengan anaknya yang hitam, tetapi tidak diambil kisah dengan anggapan itu adalah kisah kanak-kanak.Tiada kaitan pun dengan golongan dewasa. Tetapi, sesuatu yang menarik dapat dilihat dalam filem ini ialah suasan keluarga ini yang mengamalkan konsep open discussion. Seronok melihat keluarga anna begitu objektif ketika mendengar the fake reason why anna sue their parent. Inilah konsep yang dimahukan oleh seorang anak sebenarnya.Wahai parent, please not jump into conclusion before asking why we doing that action.Please!!! So,that all my review for this movie.See you on next film review...Bye-bye
rating:
aku:9.0 (patut ditonton oleh ibu bapa)

Sunday, November 15, 2009

Review.....2012




cerita nie merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang greatest disaster yang berlaku di earth yang mane disaster tue mempunyai tempoh seperti mana disaster lain such as banjir yang mempunyai waktu teruk pada waktu air naik dan setelah beberapa ketika, air itu air itu akan surut kembali.so, that not the end of the world likes what the movie thiller said earlier. filem ini secara keseluruhan agak menarik daripada segi aksinya dan grafiknya, namun amat lemah dari segi pembentukkan watak dan jalan cerita.watak jackson boleh diimprovekan lagi dengan menerangkan tentangnya dengan lebih detail.selain itu,yang paling aku tidak tahan ialah watak hero dan keluarganya asyik sentiasa terselamat...ada je jalan keluar bagi diorang...Dari segi jalan cerita, amatlah boleh dijangka...walaupun jackson hampir membunuh satu tamadun manusia dengan memasuki kapal secara haram yang mana menyebabkan sistem hidraulik terganggu, namun dier tetap dilayan bagi hero...
namun, disebalik itu, grafiknya amat2 menarik,tgk keretapi melayang amat mengujakan aku...dan tidak dilupakan credit also to andrian father yang mane telah berjaya membuatkan wayang senyap sunyi ketika babak andrian menelefon ayahnya...touching beb....


anyway....from skala 1
(baik tidur kat bilik) hingga 10(rugi woo..kalu tak tgk kat wayang...berbaloi2)

aku-6.5(download lagi bagus)
sukma-6
fiqry & baah-7

Saturday, November 14, 2009

sikap di GSC.....


minggu nie, aku,fiqry, sukma dan baah pergi menonton filem 2012 kat times square. aku jangka wayang akan separuh penuh, tapi jangkaan aku meleset sama sekali,full house beb.tak sangka betul. Dan menurut rakan-rakan aku yang baru nak tempah tiket pada hari jumaat untuk tontonan hari sabtu dan ahad, semuanya dah full booked. fuh, nasib baik aku dah tempah tiket awal2, pada hari khamis,12.15 am...huhuhu..awalkan...aku tak nak buat review 2012 kat sini,sebab aku aku akan buat kat page lain.anyway, ape yang aku nak cerita kat sini ialah perangai sesetengah rakyat malaysia yang agak kureng mase tgk wayang.minah nie bak kat sukma "bersemangat".tapi bagi aku,bersemangat biarlah bertempat. jgn pula kat wayang ko nak bersemangat,itu memang membuatkan aku "bersemangat" je nak marah korang.....ini sedikit petikan kata2 "semangat" daripada minah yang duduk kat sebelah aku yang membuatkan aku hangin satu macam...(betul nyer...memang tak tipu...tak edit pun kata2 nih)

minah 1:ehh....tu malaysia lah...
minah 2:ye ke?? mane ko nampak?
minah 1
: aku nampak tadi, malaysia pun nak kene tsunami...
minah 2: eeeee......
aku:^%^*%&^
(dalam hati jelah)

minah 1:lompat....lompatlah...yes..yes dapat lompat...(sambil tepuk tangan cam dak2 kecik)
disebabkan aku dah tension sangat ngan minah nie...aku mengambil langkah drastik..
aku:kak, boleh tak akak diam senyap sket....
minah1:hehehe
(sambil senyum kambing)

tapi sekejap je minah tue faham...lepas tue bising balik...aku tegur balik...senyap balik.. last2 wayang tue pun habis...untuk elakkan salah faham(sebenarnya aku takut kalu minah nie report kat balak dier, pastue balak dier datang cari aku,belasah aku,mampus aku......).......
aku:sori tadi, tak marah ekk...tak sakit hatikan??
minah 1: ok je....

p/s:kalau nak bising masa tgk movie, download lah beb, pakai torrent ke,kalau tak leh, download kat stagevu......ada faham :p

Wednesday, September 9, 2009

wanita version windows 7


wanita...makin tiada perasaan...itu sahaja mampu aku katakan kepada wanita.....wanita sekarang ibarat windows 7....makin lawa, performance makin bagus tapi setanding dengan peningkatan itu, security makin hebat.jadi lelaki2 malware memang susah nak masuk dah sekrang. yang dapat conquer wanita2 version ini hanya lelaki yang benar2 hebat sahaja. oleh itu wahai lelaki, jangan lagi berada pada takuk yang lama, berubah jugalah ke version yang terbaru untuk memastikan anda sentiasa mampu menembusi antivirus itu. disebabkan mereka juga semakin hebat, jangan pula kita hairan golongan2 windows itu sudah semakin tidak endah dan mula berpaling arah kepada golongan windows juga...so, improve bro and

for sis, be consider lah sket for some virus ...:p

p/s still agie dgn windows VISTA HOME BASIC....

Monday, April 6, 2009

perlumbaan f1 sepang

kat grandstand



perggh...............minggu nie agak menarik. sebab ape? aku dapat peluang to see f1 real live infront of me...dapat duduk seat grandstang lagi..ok lah tue...bukan selalu dapat peluang cam tue. selalunya dapat tengok at tv only. dapat dengar deruman enjin yang kuat bagai nak pecah gegedang telinga aku memang best.mula-mula sampai kat sepang lebih kurang kul 1.30. sampai je kat circuit baik lak hujan turun. tapi ada rahmat la hujan tue turun, kalau tak terpaksa aku menapak jauh-jauh dari parking lot ke entrance gate. dah la jauh ada la dekat 1km.sebab hujan bas tue stop exacly infront the gate...but still need to walk, tapi x lah jauh sangat, dekat 200 meter je kot. sebelum sampai ke entrence gate,ada la a few official merchadiser kat situ from ferrari, mclaren,n bmw sauber. Barang-barang memang lawa, tapi harganya masyaAllah, mahal nak mampus...baju yang paling murah yang boleh dapat kat situ t-shirt tak berkolar RM55. time nak masuk tue tak payah nak beratur panjang...tiket mahal la katakan...huahuahuaha...tapi time aku nak masuk tue ada an english man, tak tahu apehal...marah-marah kat guard entrance, guard tue buat muka sardin je sambil minta maaf kat mamat tuh (gayanya macam tak ikhlas pun).

Masuk kat dalam tue, nampak lak ada beberapa group of student (tajaan petronas kot) jalan masuk kat dalam tuh....cam itik pulang petang gituh...straight line je..huahauha jenson button
jam dah butmenunjukkan kul 2.30, tapi aku still tak jumpa seat aku, cari punya cari, jumpa gak lah seat aku...agak best...betul-betul depan pit ferrari...perut aku berbunyi lak. nak gi redeem lunch ticket, sekali lagi aku kena menapak...tapi yang aku tahu memang jauh dari seat aku. Lunch set dier agak best la...ala-ala lauk kenduri kahwin, ada ayam masak merah dan dalca. lepas tue aku pergi la solat kat surau dier...ok la, besar...perut rase lapar lagi...tapi harga dier...nak menangis pun ada...ada ke patut aiskrim connecto kat luar harga RM2.50 kat sini harganya RM 5??? aku tengok budak kat sebelah aku masa kat kaunter aiskrim menjilat aiskrimnya dengan penuh rase nikmat membuatkan hati aku rase panas je...yelah, aku bukannya tak mampu nak beli cuma aku rase tak berbaloi,so, ape yang mampu buat cuma menelan air liur jelah...so, aku kembali ke seat aku...bile nak masuk ke section seat, we need to show out ticket to the guard at infront of the section...sebab seat lain harga lain...disebabkan aku selalu sangat keluar masuk section tuh, aku dah tak payah show ticket dah, sebab akak security tue dah cam muka aku...so, tak payah la aku asyik kene pakai tag tiket yang panjang tuh. sebelum start f1 race, ada dua lagi race, gp race and bmw pacific race.

tempat duduk kat grandstand ada dua level, atas dan bawah, dan tempat duduk aku level atas, but because view nyer tak semenarik kat bawah, aku pun mengambil keputusan untuk turun ke bawah. kalau kat bawah, dapat tengok dekat-dekat drivers and their car...puas gak la aku ambil gambar kat situ (nanti aku upload). pukul 5 tepat race berlansung, mase race nak start tue, ada seorang akak dengan anak dier...aku tengok dier mula-mula macam tak puas hati sebab ramai sangat yang berkumpul kat depan laluan pejalan kaki menyebabkan sape2 yang duduk susah nak nampak race start. pastu tue tiba2 akak tue tanya aku :

akak: tak pe berdiri kat sini?
aku : berdiri sampai abes race pun tak pe, tak da orang marah
akak : @#*&$% (tak tau betul ke tidak perasaan tuh sbb dier senyap je, aku agak la)

time paling syok sekali bagi aku ialah time race start,bunyi enji
n f1 car memang syok giler...rase macam nak pecah gegendang telinga aku...
ditambah pula aku tak pakai
earplug...memang berdesing telinga...disebabkan bunyinya kuat sangat, aku lari naik level atas, ingatkan bunyinya perlahan sket, rupanya same aje.nak amek gambar pun susah. aku tengok aku sorang je tak pakai earplug, mane diorang dapat aku pun tak tahu. dah kecewa tak dapat amek gambar sebab tak tahan bunyi enjin aku gerak la nak amek tea...tiba-tiba rezeki datang bergolek, ada seorang akak offer aku earplug, terkejut aku atas sikap baiknya, dah memang terdesak, aku tanpa rasa malu ambil jelah earplug tuh. hepi aku amek gambar lepas tuh....huahuahuahuahua

lebih kurang lap 25, hujan mula secara renyai-renyai, kemudian mula bertukar lebat sehingga race terpaksa dihentikan sementara.6.00pm, 6.20pm, 6.40pm...weh apehal race tak start lagi nih??? aku dah mula rase cuak sebab race stop mase lap 32 so, lebih kurang 1jam setengah lagi race nak abes, bas aku balik klcc last kul 8.30 pm, sempat ke aku naik bas tuh??? aku tahu tue bas tempahan petronas, tapi tah kenapa aku rase cuak takut tertinggal bas. pelikkkan???? takut pada benda yang tak terjadi lagi....namun tepat jam 6.50 pm, diumumkan race dihentikan terus, so kedudukan driver pada lap 32 ketika race dihentikan kekal sebagai pemenang 2009 f1 sepang circuit race. a
ku melonjak gembira...bukan sebab jenson button menang tapi sebab kedudukan aku sudah kembail ke jadual asal sebab menag pada jadual asal race abes kul 7 pm.lega....

talk about the race, esok nya aku baca newspaper, dilaporkan dari pihak sic, race
dihentikan kerana hujan tak berhenti, tapi base on my observation that day, hujan dan jadi slow balik lebih kurang kul 6.40pm, so, masalah hujan memang takda, tapi aku rasa masalah lighting yang tak ikut standard fia and also masalah air yang bertakung...kalau tengok dari atas, memang obviously dapat tengok driver race dalam air mase mula-mula hujan....macam kolam ikan tuh....about jenson button winning...this is his second lucky winning...1st at melbourne, because of silau cahaya matahari masa senja, so drivers can't see front clearly, so race ditamatkan dengan bantuan safety car...mase safety car keluar, no overtaking by driver, so at that time jenson button at the 1st place, so he remain 1st place till the end of the race. then at sepang he also at 1st place when race is stopped due to rain(as sic said). tapi ape-ape pun aku dah mula minat ngan brawn gp team sebab dier pasukan underdog yang paling menarik sekali....macam team pasukan cite kartun CARS....dikutuk di awal team, tapi dengan kesungguhan all members, they finally become world champion...ok lah that all for now....buh bye..............

Thursday, April 2, 2009

parent and children

Activity that you need to do ('a' list task-for me is study!!!!) in our life is just like our little child,for one day, we feel very love to them when they show good attitude to us but some other day, we feel very hate when they crying without any reasonable reason...we feel we could kick them out BUT after all, we still their parent and deep down in our heart, we know that we still love them and we need to take really good care for our and their future. and all their bad attitude now days is just some sort of spicy in our recipe of life, that eventually we will get a delicious experience ...that we will reminisce it with big smile at our face....

note for myself: (please remember that when we have difficulty in life especially during study)

procratination...huahuahua

ahaks...rase best lak dapat buka blog hari nie... bukan ape aku dah lame nak update blog nie tapi faham2 jelah...perasaan malas tue amat lah tinggi bagaikan gunug everest...ditambah lak dengan homework physics yang tak pernah nak sudah.talk about physics,this sem i take physics 2 . although physics 2 is more complex than physics 1 (complex is differ from difficult, ok) but i think really enjoy study this subject. maybe it's relate to my lecture, maybe???!! last sem i got madam D which is really unpredictable...so, the result is also unpredictable lah...but this sem, i get sir M, which is big fan of reality program ( i think) is more leisure in teaching student...so, that really give me some sort of motivation and happiness in his class...huahuahuahua

cakap pasal kemalasan nie kan...aku baru baca satu buku berjudul "the now habit".author tue tulis, kebanyakan sikap malas nie berpuca daripada sifat "procrastination" dan sifat ini berpunca pulak daripada 2 faktor yang utama iaitu :- (mana2 yang kena dengan korang lah)

  • takut gagal (perfectionist)
  • takut berjaya
takut gagal
mereka yang dalam kategori nie merupakan seorang yang kebiasaannya lahir dalam keluarga yang berjaya. so, apa jua yang mereka lakukan seharusnya perfect dan cemerlang...tanpa ada sebarang kesilapan...even minor mistake is major cut to their artery...so mereka tak mampu untuk memaafkan diri mereka for the mistake because the must be a "robot". oleh itu, mereka procrastinate to avoid them from doing any mistake and they fortunate, other person will do their project.

takut berjaya
yang pelik sket. mereka yang dalam kategori ini merupakan seorang yang takut akan future. sebab nyer, mereka takut apabila mereka berjaya nanti mereka kena belajar benda baru, mereka akan kehilangan rakan, mereka akan hilang kepercayaan daripada keluarga. sebab itu mereka bertanggguh dalam melakukakan kerja supaya mereka tidak kehilangan semua itu.

bagi aku, aku mungkin kategori yang pertama sebab nyer senang...expectation from surrounding. tapi aku dah jumpa cara nak hilangkan perasaan bersalah tersebut ialah dengan bersedia untuk memaafkan diri sendiri dengan mengatakan "i'm perfectly a human" but learn from that mistake and avoid that mistake. for human it is normal to do a mistake (that maybe sainstist put normal force is perpendicular from surface)
beside that, now i just realize, every mistake yang kita buat sebenarnya akan membuat kita lebih matang dalam mengharungi dunia ini. sebab ape? sebenarnya mistake tue tell us that we already experience more than anyone else...but we need to learn from that mistake...and do that again...that what make us mature.

beside that,to avoid procrastination i want to change my word in mind from " have to" to "choose to" and "want to".
i also want to change my perspective from thinking about "when i will finish something" to "when i will start something"
i also want to do daily log ( this being recommended by many motivation book). by this, i can know how much time that i already spend on certain task. this will make me feel free to relax when i know the quality time that i spend on goal is enough. but at first i need to complete my "the unscheduled table". by fulfill this table, i can know and finally realize that my time left to do my goal is really not enough. this will ignite my motivation to do my goal whenever it's free.
it also want to do a little bit my goal before doing any recreational activity because this will make think a little bit about my goal during exercise...so this, will make more eager to get back to my goal.
that all for now bub bye......

Friday, February 13, 2009

hiiiiii !!!!!!!!!

what that mean actually? in our life there is a lot of circumstace that we face...but of that come from our self actually...either we realise it or not....because every decision we make today will be effect our tomorrow...we can look simply look to what had happen to sultan mahmud...just because he wants a girl very keenly... he ordred all her family to be killed...but after a few day, he also been killed on his tandu just before he moved...how tragic is that right???? that we call him 'sultan mahmud mangkat dijulang'