BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

review filem-Papadom



Sinopsis: Ini adalah sebuah filem daripada afdlin shuaki yang memaparkan seorang bapa yang amat protective kepada satu-satunya anak perempuannya, Miasara(Liyana Jasmay). Miasara telah kehilangan ibunya ketika kecil kerana satu kemalangan ngeri ketika ibu Mia (Mun-Noorkhiriah) bergaduh dengan bapa Mia (Saadom-lakonan Afdlin Shauki). Pergaduhan itu tercetus kerana ibu tidak berpuas hati dengan sikap saadom yang amat pentingkan kerjaa sehingga "melupakan" anaknya.Sebenarnya, dalam fikiran Saadom, Miasara sentiasa ada, dan oleh sebab itu Saadom berkerja kuat untuk membolehkan Miasara beroleh kehidupan yang senang. Tetapi itu tidak dapat difahami oleh ibunya. Akibat rasa bersalah kerana seolah-olah kematian ibu Mia disebabkan olehnya, sejak daripada itu, Saadom tidak dapat berenggang dengan Mia. Kemana sahaja Mia pergi, disitu dia ada. Perkara ini berlanjutan sehingga Mia memasuki universiti. Saadom sanggup menjadi pekebun asalkan dapat bersama Mia.

Review: Amat menarik. Lakonan yang bersahaja daripada Liyana Jasmay dan Afdlin Shauki menjadikan filem ini seolah-olah memang berlaku di dunia realiti. Memang layak Liyana Jasmay menerima anugerah sebagai pelakon wanita terbaik FFM-22 . Walaupun konsep cerita sebegini telah lama di Hollywood seperti cerita imagine that, tetapi konsep sebegini masih baru di Malaysia menjadikan filem ini stand out from other Malaysian film. Dibarisi dengan pelakon handalan Malaysia seperti Vanidah Imran dan Que Haidar amat membantu filem ini untuk berada di kelasnya yang tersendiri. Perilaku kasih-sayang daripada ayah amat mendalam sebenarnya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata (selalunya lah sebab ayah tak pernah nak peluk2 cam ibu) tetapi kita tahu mereka tetap mengambil tentang kita dengan cuba mencukupkan segala keperluan kita dengan berkerja keras. Oleh itu, walau apa jua yang terjadi LOVE YOUR DAD..............

rating : 8.5 (lakonan yang berkesan daripada kesemua pelakon)

0 comments: