BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 11, 2010

Broga hill

Broga Hill

Broga Hill merupakan salah satu bukit yang terletak di Semenyih, Selangor. Bukit ini terletak berhampiran dengan University Of Nottingham Cawangan Semenyih. Perjalanan ke kaki bukit ini jika dari Gombak adalah selama 45 minit dengan kereta. Jika anda datang ke bukit ini dengan menaiki kenderaan, anda boleh memarkir kenderaan anda di kaki bukit tersebut yang merupakan ladang kelapa sawit dengan dikenakan bayaran RM2.

Ladang kelapa sawit tempat kereta di parking...
Tempat ini agak penuh terutamanya di awal pagi kerana masing-masing ingin melihat sunrise. Jadi, jika anda ingin mendaki dengan tenang tanpa perlu beratur, seeloknya anda mulakan pendakian anda sekitar pukul 8.30am kerana pada waktu itu, ramai pendaki yang sudah mula turun dari puncak bukit. Menurut papan tanda yang terdapat di permulaan trek, bukit ini berketinggian 400m dan trek ke puncak bukit broga pula sepanjang 1.7 km (wow!!)http://www.emocutez.com. Bukit ini mempunyai 4 puncak dan puncak terakhir adalah yang berketinggian 400m. Walaupun bukit ini bolehlah diketegorikan sebagai 'taklah tinggi sangat' tetapi anda amatlah dinasihatkan untuk melakukan 'warming up' terutamanya bagi mereka yang dah lama tak melakukan sebarang aktiviti lasak untuk mengelakkan sebarang masalah terutamanya 'cramp' atau terseliuh. Pada permulaannya, anda akan melalui trek landai yang mana sekilingnya adalah kelapa sawit.
                                                

Trek di peringkat awal
                                                                                                                                                                                     
Semakin lama anda mendaki, trek sudah semakin curam dan anda akan dikelilingi dengan hutan.

Trek di peringkat kedua...

Hutan mula mengantikan kelapa sawit...

Menghampiri puncak pertama,http://www.emocutez.com suasana hutan mula hilang dan anda sekarang mula dikelilingi dengan lalang-lalang yang tinggi yang mana amat indah dan menarik sekali.  Untuk sampai ke puncak ke pertama, lereng bukit sudah menjadi amat curam tetapi usah risau, treknya yang berbentuk seperti tangga akan banyak membantu anda tetapi keseimbangan dalam mengatur langkah tetap diperlukan.
Trek untuk ke bukit pertama
Trek diantara puncak ke puncak

Bergerak ke puncak kedua, anda perlu menuruni sedikit puncak yang pertama  dan mendaki balik kerana puncak kedua lebih tinggi daripada puncak pertama dan turutan ini berterusan sehingga puncak ke-4 yang mana paling tinggi diantara semua puncak.


Antara binatang-binatang yang terdapat di puncak
Trek untuk ke puncak ke-4

Untuk sampai ke puncak ke-4, pendaki  terpaksa berpaut pada tali yang hanya diikat pada serumpun lalang. Bayangkan kalau lalang tersebut tercabut http://www.emocutez.com.

Tali yang menyeramkan!!!

Akhirnya..puncak!!! Tinggi tak???
For me, puncak ke-3 mempunyai panorama yang amat menarik. Dibuai dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, lalang menjadi latar yang mana menjadikan suasananya amat tenang dan menyenangkan http://www.emocutez.com.Dari puncak itu juga anda dapat melihat bandar Sememyih yang kelihatan amat menarik dari atas.
View dari puncak ke-3

Lalang-lalang yang hidup di puncak Broga Hill

Dari puncak ke-4 Bukit Broga, anda boleh teruskan pendakian sejauh lebih kurang 3km untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan.
Bandar Semenyih jelas kelihatan dari puncak ke-4..amat menarik...


Jadi itu sahaja review bagi Bukit Broga dan bagi anda yang ingin mencuba-cuba untuk melakukan aktiviti lasak seperti hiking atau anda hanya ingin melakukan aktiviti santai bersama rakan-rakan atau hanya ingin lari sebentar daripada kepekikan Bandaraya Kuala Lumpur tanpa mengeluarkan duit yang banyak dan tidak mahu terlalu menekan kudrat anda atau ingin mengambil pic kahwin di bukit (seperti angkasawan negara)http://www.emocutez.com, maka Bukit Broga patut menjadi pilihan utama. Permandangan yang amat indah dibantu dengan trek yang jelas dan mudah menjadikan bukit ini boleh ditakluki sesiapa sahaja asalkan jangan gopoh, nanti sakit pula bila turun nanti.  http://www.emocutez.com

review - Dear John...


Sinopsis- Filem ini mengisahkan mengenai seorang askar special forces US yang bernama John Tyree (lakonan Channing Tatum) yang bertugas di Germany dan pulang sebentar ke kampung halamanya di Charleston, South Carolina. Ketika dia sedang bercuti, seorang wanita telah berjaya memikat hatinya iaitu Savannah Curtis (lakonan Amanda Seyfried). Daripada perkenalan di tepi pantai selepas John telah menyelamatkan beg Savannah, timbullah bibit-bibit percintaan di hati mereka.http://www.emocutez.com Savannah digambarkan sebagai seorang perempuan yang amat baik dan beretika kerana dia tidak pernah mengambil alkohol mahupun dadah http://www.emocutez.com tetapi John pula digambarkan sebagai seorang yang mempunyai masa silam yang gelaphttp://www.emocutez.com  kerana tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ayahnya yang menghidap penyakit autisme (further info on autism: click here ).  John hanya mengetahui penyakit yang dihidapi ayahnya setelah diberitahu Savannah. Setelah cuti musim panas tamat, John dan Savannah terpaksa pulang ke komitmen masing-masing iaitu John terpaksa pulang ke Germany selama setahun dan Savannah pulang ke universitinya. Dalam tempoh setahun itu, mereka hanya berhubung melalui surat.

          Savannah ketika membaca surat daripada John




Tetapi setelah tempoh setahun hampir tamat, tiba-tiba Bangunan WTC dilanggar dan ini bermakna John terpaksa melanjutkan tempoh khidmatnya di Special Forces lagi dua tahun atas desakan rakan-rakannya. Pada mulanya, perhubungan mereka berjalan baik melalui surat tetapi satu kejutan telah berlaku. Savannah meminta putus daripada John dan mengumumkan pertunangannya dengan lelaki lain melalui satu surat sahaja.

                           WTC ketika dilanggar terrorist


 Sejak itu, kehidupan John mula berubah. Dia hanya pulang ke Charleston hanya untuk menguruskan mayat ayahnya. Setelah mayat ayahnya telah diuruskan, John cuba untuk bertemu kembali dengan Savannah setelah dua tahun terpisah sejak daripada perpisahan dulu dan dipertemuan itu, segala-galanya terbongkar.


                John ketika membaca surat daripada Savannah

Comment : Filem ini  yang merupakan satu adaptasi daripada sebuah novel, aku kategorikan 'oklah' sebab plotnya boleh dikatakan agak 'straight forward'. Plotnya berjalan lancar  dan bersifat sekata sahaja dan jalan ceritanya boleh diagak sehingga ke akhir cerita. Lakonan yang ditonjolkan oleh Channing Tatum dan Amanda Seyfried memang sesuai dan bertepatan dengan nada filem ini. Manakala daripada segi penataan teknikal, semuanya 'ok.' Bagi sesiapa yang hendak merehatkan minda tanpa perlu berfikir banyak  untuk memikirkan jalan ceritanya dan ingin melayan sedikit blues yang ada di dalam jiwa, maka filem ini salah satu pilihan yang bagus.
                    John bersama ayahnya disaat kematian ayahnya.

                                                       Novel asal
             

Rating : 6.45 (kalau korang dah boring sangat, bolehla layan filem nie)