Sinopsis- Filem ini mengisahkan mengenai seorang askar special forces US yang bernama John Tyree (lakonan Channing Tatum) yang bertugas di Germany dan pulang sebentar ke kampung halamanya di Charleston, South Carolina. Ketika dia sedang bercuti, seorang wanita telah berjaya memikat hatinya iaitu Savannah Curtis (lakonan Amanda Seyfried). Daripada perkenalan di tepi pantai selepas John telah menyelamatkan beg Savannah, timbullah bibit-bibit percintaan di hati mereka.



Savannah ketika membaca surat daripada John
Tetapi setelah tempoh setahun hampir tamat, tiba-tiba Bangunan WTC dilanggar dan ini bermakna John terpaksa melanjutkan tempoh khidmatnya di Special Forces lagi dua tahun atas desakan rakan-rakannya. Pada mulanya, perhubungan mereka berjalan baik melalui surat tetapi satu kejutan telah berlaku. Savannah meminta putus daripada John dan mengumumkan pertunangannya dengan lelaki lain melalui satu surat sahaja.
WTC ketika dilanggar terrorist
Sejak itu, kehidupan John mula berubah. Dia hanya pulang ke Charleston hanya untuk menguruskan mayat ayahnya. Setelah mayat ayahnya telah diuruskan, John cuba untuk bertemu kembali dengan Savannah setelah dua tahun terpisah sejak daripada perpisahan dulu dan dipertemuan itu, segala-galanya terbongkar.
John ketika membaca surat daripada Savannah
Comment : Filem ini yang merupakan satu adaptasi daripada sebuah novel, aku kategorikan 'oklah' sebab plotnya boleh dikatakan agak 'straight forward'. Plotnya berjalan lancar dan bersifat sekata sahaja dan jalan ceritanya boleh diagak sehingga ke akhir cerita. Lakonan yang ditonjolkan oleh Channing Tatum dan Amanda Seyfried memang sesuai dan bertepatan dengan nada filem ini. Manakala daripada segi penataan teknikal, semuanya 'ok.' Bagi sesiapa yang hendak merehatkan minda tanpa perlu berfikir banyak untuk memikirkan jalan ceritanya dan ingin melayan sedikit blues yang ada di dalam jiwa, maka filem ini salah satu pilihan yang bagus.
John bersama ayahnya disaat kematian ayahnya.
Novel asal
Rating : 6.45 (kalau korang dah boring sangat, bolehla layan filem nie)
0 comments:
Post a Comment