BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 12, 2009

review - buzzer beat (japan)

Buzzer beat sebenarnya bukanlah sebuah filem tetapi merupakan drama jepun. Kadang-kadang layan drama best juga kan??? Tapi ada dua drama yang aku anti sket iaitu drama melayu dan korea. Drama melayu sebab endingnya leh diagak sejak dari permulaan cerita lagi and klimaks dier lansung tak menarik. Tapi ada jugak yang aku layan macam drama Nur Kasih dan Cinderella. Drama Korea aku tak minat sebab i find their language lansung tak menarik (Sorry orang korea....).Sebab best sangat, aku habiskan tengok citer nie 1 hari je.Start kul 1 pagi lepas exam math sampai kul 7.45 pagi...aku tidor kejap sebab kul 10 aku ada kelas btq and math (tapi tersengguk-sengguk gak dalam kelas tuh..) pastue hajat nak sambung tidur balik..lsat-last aku habiskan balik kira-kira jam 4 petang...Cukup pasal cerita aku,sekarang kita teruskan kepada sinopsis drama ini....

Sinopsis : Drama ini menceritakan tentang Naoki yang merupakan pemain basketball pro yang kurang keyakinan diri. Perkara ini agak menganggu terutamanya ketika detik-detik penting dalam perlawanan dan turut menganggu perhubungannya dengan ketua cheerleader, Natsuki. Shirakawa pula merupakan seorang yang amat cheerful dan amat meminati violin tetapi agak kurang berbakat. Shirakawa dan Naoki bertemu di sebuah taman permainan dan mereka mula berkenalan antara satu sama lain. Tetapi Shirakawa turut mempunyai BF iaitu headcoach Naoki. Dalam kehidupan Natsuki pula, datang pula Yoyogi, yang menawarkan sesuatu yang berbeza daripada Naoki. Maka, disini bermula satu cinta bersegi-segi.....

Review :  Amat menarik. Lain daripada lain. Bagi aku, filem ini agak memberi kesan kepada aku kerana aku belajar beberapa perkara dalam drama ini. Yang pertama, cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Ia akan datang dengan sendiri. Betapalah indahnya cinta itu kerana ia akan datang kepada yang betul-betul ikhlas......

Kedua, kita akan menghargai sesuatu setelah kita hilang benda tersebut.

Ketiga, "When something too perfect, there is great defect there"......faham tak??? Kalau tak faham, tanya    orang yang faham....


Keempat: this drama also show me what it's feel when we someone we LIKE and someone we LOVE. That two different thing. Someone we like means orang tue kita minat sebab dier orang popular, hensem atau mempunyai six pack muscle, so we like that. Someone we love means orang tue kita minat sebab peribadinya dan kita mampu berbicara dengan dier apa sahaja tanpa halangan dan dier akan mendengar dengan penuh tekun danyang paling penting kita berasa selasa ketika bersamanya....Tanpa ada sebarang rasa nak "control macho" sana-sini...that someone we love...

Pasal lakonan, cinematography, and sound ....it's all ok...
Watak yang paling aku suka dalam drama tue ialah watak Mai, kawan kepada Shirakawa...Aku memang berharap dapat menjadi seperti dier..Happy Go Lucky tapi still tegas dalam certain perkara....kepala giler-giler sket...berfikiran optimistik,terbuka dan fleksible....seronok giler aku tgk dier....Last comment....kepada sesiapa yang tgh bercouple skang....anda MESTI tgk drama nih untuk value balik setakat mana cinta anda kepada pasangan anda.....

rating : 9.5 (best....)

Saturday, December 5, 2009

review filem-Papadom



Sinopsis: Ini adalah sebuah filem daripada afdlin shuaki yang memaparkan seorang bapa yang amat protective kepada satu-satunya anak perempuannya, Miasara(Liyana Jasmay). Miasara telah kehilangan ibunya ketika kecil kerana satu kemalangan ngeri ketika ibu Mia (Mun-Noorkhiriah) bergaduh dengan bapa Mia (Saadom-lakonan Afdlin Shauki). Pergaduhan itu tercetus kerana ibu tidak berpuas hati dengan sikap saadom yang amat pentingkan kerjaa sehingga "melupakan" anaknya.Sebenarnya, dalam fikiran Saadom, Miasara sentiasa ada, dan oleh sebab itu Saadom berkerja kuat untuk membolehkan Miasara beroleh kehidupan yang senang. Tetapi itu tidak dapat difahami oleh ibunya. Akibat rasa bersalah kerana seolah-olah kematian ibu Mia disebabkan olehnya, sejak daripada itu, Saadom tidak dapat berenggang dengan Mia. Kemana sahaja Mia pergi, disitu dia ada. Perkara ini berlanjutan sehingga Mia memasuki universiti. Saadom sanggup menjadi pekebun asalkan dapat bersama Mia.

Review: Amat menarik. Lakonan yang bersahaja daripada Liyana Jasmay dan Afdlin Shauki menjadikan filem ini seolah-olah memang berlaku di dunia realiti. Memang layak Liyana Jasmay menerima anugerah sebagai pelakon wanita terbaik FFM-22 . Walaupun konsep cerita sebegini telah lama di Hollywood seperti cerita imagine that, tetapi konsep sebegini masih baru di Malaysia menjadikan filem ini stand out from other Malaysian film. Dibarisi dengan pelakon handalan Malaysia seperti Vanidah Imran dan Que Haidar amat membantu filem ini untuk berada di kelasnya yang tersendiri. Perilaku kasih-sayang daripada ayah amat mendalam sebenarnya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata (selalunya lah sebab ayah tak pernah nak peluk2 cam ibu) tetapi kita tahu mereka tetap mengambil tentang kita dengan cuba mencukupkan segala keperluan kita dengan berkerja keras. Oleh itu, walau apa jua yang terjadi LOVE YOUR DAD..............

rating : 8.5 (lakonan yang berkesan daripada kesemua pelakon)

New Header......

Today, i put new header. I choose this header because i attract to the designer philosophy behind this header creation that is wirdy hamidy from Brunei......
below is the explanation from the designer.....

The ideas are quite simple. Valentines soon, so I got this idea of making this header. Each of them represents feelings as it is presented in ways such as the graphics itself, colors etc. I made all the images my self. Just got them after compiling all my artworks from my artbag and then I just simply paint them using Photoshop.

Back to the feelings, I may make a list of definitions for it.

  • On the left side, the girl with plaster glued on her mouth means she cant say what she actually want to say. you know, sometimes people just cant spit the words out when someone likes this person.
  • Then, you can see these two couples, from this, I use colors to symbolize feelings. green is for envy and red is for desire. every couple fights — obviously. But in the end, they still love each other anyway. you can see it from the faces (the couple graphic).
  • And that sheep, it’s symbolizes a female. You might laugh about this, but its true! Sheeps fur is soft, like girls, soft on the outside but then you see the real deal inside. The reason I place the sheep like that is to show how girls can just simply make the guy fall for her and be the queen in just one blink.
  • And for the background, its just some doodles I made at my science class last 2 years, I think it fits this whole thing don’t you think?
Designed by Wirdy Hamidy from Brunei Darussalam.

Wednesday, December 2, 2009

Karenah rakyat malaysia-(Edisi Hari Raya Qurban)



Pada 27 NOv 2009, semua umat islam di Malaysia menyambut Hari Raya Qurban, tidak terlepas aku
(memanglah, aku kan orang islam gak) so, untuk menyambut Hari Raya, aku pulang ke kampung my father
kat Tanah Merah. Nak dimulakan cerita, aku nak cakap la, balik kelantan nih lebih kurang cam pergi
Saudi Arabia balik hari sama(aku agak la), 14 jam woo....memang penat. Start perjalanan dari KL pukul 1.00ptg sebab kelas Chem Lab aku habis pukul 12.30 t.hari (tapi aku skip kelas fizik lab he3...). Sampai kampung kul 3.00 pg. Traffic memang teruk giler...mungkin sebab Hari Raya nih bertembung dengan cuti sekolah plus cuti hari minggu...Nak dijadikan cerita untuk  

karenah pertama-di restoran

My family berhentilah kat satu restoran untuk makan malam. Mase tue dah pukul 9.30 malam...masa masuk restoran tuh, kelihatan banyak meja kosong dan semua yang berada kat situ sudah mendapat makanan...jadi aku berfikir "mesti cepat nih, sebab semua dah dapat makanan".....9.40 pm berlalu..kelihatan beberapa family memasuki restoran itu..10.00 pm berlalu...tup-tup, family yang baru masuk tue dapat dulu...melihat kejadian itu...apalagi, berlaku lah adegan ini:
 my mum: Dik, lambat lagi makanan nak sampai?Kitorang dah tunggu lama nih...
waiter: ermm...sorry kak,baru masak..
my mum: baru masak?kenapa family tue dapat dulu? dia datang lambat daripada kami...
waiter: dier punya senang kak..nasi goreng je...
my mum:@#$#$..apelah punya restoran....
my father: kita bayar air je lah..pastue kita blah..
aku: sokong..kita blah sekarang jugak..
my sis: sabar la sekejap (dengan muka kelaparan yang amat)
my father: yelah.....
....10.15 pm baru dapat makanan...nasib baik lah makanan tue sedap..sejuk skit hati nih...

karenah kedua- di stesen minyak...

Jumlah kereta meningkat secara mendadak di jalan raya...ini bermakna kehadiran kereta-kereta di patrol pump turut meningkat menyebabkan terpaksa beratur panjang hanya untuk mengisi minyak. Kejadian ini berlaku masa aku nak isi minyak di stesen minyak Petronas di Tanah Merah...tengah elok-elok beratur panjang..tiba-tiba ada seekor mangkuk hayun potong Q dan terus menyelit masuk. Aku and my mum apabila tengok aksi tuh..terus la hangin...sampai je turn aku untuk mengisi minyak...my mum terus marah pump attendant tuh (kat kelantan and terengganu still ada pump attendant) kenapa bagi orang lain potong Q...

karenah ketiga- di jalanraya...

macam aku ceritakan kat awal tadi....amat banyak kenderaan berada di jalan raya...so, perjalanan amat slow dan terpaksu beratur panjang macam itik pulang petang...namun ada sesetengah pemandu tidak tahan dengan pemanduan seslow ini (bosan woo...banyak berhenti)...so.diorang nih potong lah ikut kanan jalan....mula-mula sebuah, pastu 4 buah...last-last jalan dari Kota Bharu menghala ke KL penuh dengan kenderaan dari KL ke Kota Bharu...jalan ke KB ada 2 lane..jalan ke KL 0 lane(kene guna pembahu jalan)...kreatif betul pemandu Malaysia..respek2





kesesakan yang berlaku ketika pulang beraya....


p/s: kalau korang perhatikan, cerita kali nie semua pasal beratur...(kebetulan la pulak)... kepada pemilik restoran semua...buatlah order ikut turutan..jangan buat order ikut yang mana senang...seksa pelanggan tunggu...kalau pelanggan tuh cepat hangin cam my mum...kan tak pasal-pasal kene fire free....kepada pemandu-pemandu semua...bersabar lah sikit...consider lah orang yang beratur lama (nasihat nie untuk semua actually...tak kesah la korang reti bawa kereta atau tak yang beratur apabila orang lain,jangan buat kepala sendiri je.......)