BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

LPT OH LPT!!!!!




Malaysia mempunyai banyak lebuhraya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur,
Lebuhraya Damansara-Puchong dan banyak lagi....memang memudahkan dan menyenangkan pergerakan. Tetapi
tahukah anda mengenai konspirasi disebalik pembinaan lebuhraya ini? Anda mungkin tertanya-tanya
apakah konspirasi yang mungkin ada pada jalan....

Baiklah....kita mulakan dulu dengan Lebuhraya Pantai Timur yang masih dalam pembinaan.Lebuhraya ini
sebenarnya dibina oleh pihak JKR sepenuhnya daripada step pertama iaitu bahagian pengambilan tanah
sehinggalah pembinaan jalan itu  sendiri...SEPENUHNYA OLEH PIHAK KERAJAAN...tetapi sebaik sahaja lebuhraya ini siap, ia akan diserahkan kepada MTD CORPARATION dan hak memungut tol diberikan kepada company ini. So. anda nampak tak kepelikkanya? Kerajaan buat jalan, MTD dapat duit...Apabila ditanya
kenapa MTD memungut tol..jawapanya ialah untuk proses maintainance...takkan lah proses maintainance
mancapai hampir Rm 500j? Ditanya pula kenapa diadakan perjanjian antara MTD dan Kerajaan dan membenarkan MTD untuk mengutip tol sedangkan kerajaan yang buat kerja....jawapannya ini adalah rahsia kerajaan...senangkan "jawpannya"....Pasal maintainance, pulak takkan pihak kerajaan tak mampu nak selia jalan sendiri???



Kita bercerita pula tentang Lebuhraya Utara-Selatan yang berada dibawah seliaan PLUS. Yang nie kerajaan
buat pengambilan tanah manakala proses pembinaan jalan dilakukan sepenuhnya oleh pihak PLUS. Dalam
kontrak, pihak PLUS diberikan hak mengutip tol selama 30 tahun dan setiap 3 tahun pihak kerajaan mesti
mengkaji kadar tol. Sebab itulah setiap 2-3 tahun sekali kerajaan mesti menaikkan kadar tol,jika tidak,
kerajaan mesti membayar pampasan kira-kira 1 juta kepada pihak PLUS.Konspirasi yang berlaku disini ialah
setiap kali pihak PLUS membuat pembaikan jalan seperti major road revonation seperti kat tol jelapang atau
penambahan satu lorong di lebuhraya KL-SEREMBAN (masih dalam perbincangan)...pihak PLUS akan menuntut supaya tempoh kontrak mengutip tol dilanjutkan dengan alasan kononya untuk menampung kos pembaikan itu.
Mengenai isu kajian harga tol setiap tahun, terfikir juga bagaimana kajian ini dilakukan....setiap tahun,
jumlah kenderaan yang melalui lebuhraya itu meningkat, so, adakah peningkatan jumlah kenderaan sebanyak berjuta-juta setahun tidak mampu untuk menampung kos-kos "maintainance" seperti yang digembar-gemburkan?



Dapat diperhatikan disini seolah-olah kerajaan adalah boneka syarikat-syarikat ini dalam memenuhkan
kantong poketnya. Kerajaan yang buat kerja, kerajaan yang umumkan kenaikan tol, tapi yang rilek goyang kaki yang office sambil minum kopi starbuck ialah syarikat-syarikat ini yang "bermurah" hati "menolong" kerajaan.



Soalnya sekarang adakah kerajaan bodoh atau pengundi yang bodoh kerana memilih kerajaan yang bodoh?
Sama-sama kita fikirkan.....

Wednesday, November 25, 2009

in the name of rome (the men who won the roman empire

Aku baru habiskan satu bab buku ini yang mana menceritakan perihal bagaimana sruktur pemerintahan rome secara dasar dan juga membuat sedikit argument tentang percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli sejarah tentang apa sebenarnya peranan seorang jeneral rome di medan perang. secara dasarnya mereka dipilih daripada golongan aristokrat yang dilihat elok berkerja di ruang politik. maka, mereka dipilih menjadi ketua di medan perang dengan anggapan bahawa mereka juga mampu menjadi ketua yang hebat di sana. tetapi apabila dilihat dari kaca mata moden, jeneral ini merupakan seorang yang amatur. bagi yang menyokong pendapat ini, mereka merasakan yang betul-betul mendokong perang rome ialah golongan tentera elite legion.
Tetapi sebelum menerima pendapat ini secara terus, kita seharusnya meneliti bagaimana jeneral ini dipilih, mereka dipilih setelah melalui beberapa peringkat iaitu mereka seharusnya sudah berkhidmat dalam kerajaan sekurang-kurangnya selama 10 tahun atau sudah melalui 10 kempe perang, kemudian mereka dibenarkan untuk memasuki pilihan raya senator.kemudian, daripada mereka akan dilantik sebagai assistant counsel. selepas setahun menjadi assinstant counsel, mereka akan melakukan beberapa tugas bukan tentera.setelah tamat tempoh setahun,mereka akan dilantik sebagi counsel.
So, dapat kita lihat disini bahawa jeneral rome terpilih daripada tentera sebenarnya. maka isu mereka tidak terlatih tidak timbul sebenarnya kerana mereka telah melalui banyak kempen perang yang mana boleh mematangkan mereka tentang strategi perang yang sepatutnya.
Aku juga ingin bercerita disini bagaimana rome sebenarnya terbina dan amat menyanjungi golongan tentera. Perkara ini terbukti bagaimana, apabila satu legion tentera telah memenangi satu kempen, mereka akan diarak dengan penuh meriah oleh warga rome ke tengah bandar. Bagi jeneral pula, mereka akan mengambil sedikit harta rampasan untuk mengukir sedikit permenant proof about their winning their house. then this story will continue generation to generation.

Sunday, November 22, 2009

review filem my sister's keeper....


filem terbaru yang baru aku tonton ialah my sister's keeper.

sinopsis: filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan yang cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang ibu bapanya daripada "memaksanya" mendermakan
kidneynya kepada kakaknya.situasi ini berlaku kerana kate(kakak kanak-kanak perempuan-sofia vasselieva) itu tidak mempunyai penderma yang sesuai. maka, sebagai jalan penyelesaiannya, doktor mencadangkan kepada parent kate supaya melahirkan bayi tabung uji yang mana telah dimodifiedkan genetiknya agar bersesuaian dengan kate.oleh itu, sejak daripada kecil lagi anna (bayi tabung uji-abagail breslin) telah diinject dengan pelbagai ubat untuk memastikan kesamaan genetik kidneynya dengan kate. Klimax filem ini bermula setelah peguam campbell alexander (alex baldwin) setuju untuk mengambil kes anna.parent anna diwakili sendiri oleh ibu anna (cameron diaz) yang merupakan seorang peguam yang terpaksa berhenti untuk menjaga kate setelah kate disahkan meghidap kanser. setelah puas turun naik mahkamah akhirnya peleraian filem
datang apabila abang anna (evan ellingson) mendedahkan kenapa sebenarnya anna menyaman parentnya.itu adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan kate. kate sebenarnya ingin menyedarkan ibunya bahawa dia turut mempunyai adik-adik lain yang patut juga diberikan perhatian bukannya hanya menumpukan 100% kepadanya dan sebagai isyarat bahawa dia telah bersedia untuk pergi ke "dunia lain".


Review: Pergh...amat terkagum dengan lakonan abagail breslin. Begitu matang dan cool.memang filem-filemnya tidak pernah mengecewakan seperti lakonan sebagai gadis comel dalam miss little sunshine dan sebagai anak yang memahami dalam definetly, maybe.gadis ini memang amat cute tetapi disebalik ke"cute"tannya,terserlah ciri gadis matang yang berpendirian apabila mampu bersikap selamba menangani soaljawab parentnya dan judge.walaupun masih muda, tetapi mampu mengangkat filem ini ke tahap tersendiri dibantu dengan pelakon-pelakon kelas'a' holloywood seperti cameron diaz dan alex baldwin.jika abagail breslin diganti dengan kanak-kanak lain, mungkin filem ini hanya bertaraf "bolehlah".plot filem ini disusun dengan amat baik sekali yang mana aku amat sukakan dengan twist yang berlaku di pengahkiran cerita, punca campbell alexandar
mengambil kes anna, punca anna menyaman ibu bapanya dan bagaimana keadaan kate ketika dia meninggal.amat sedih.sesuatu yang boleh kita ambil pedoman daripada filem ini ialah kasih sayang ibu memang tidak terkira besarnya.Mereka sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan anaknya.Tetapi sebagai parent, jangan pula kita melebih-lebihkan seseorang anak berbanding yang lain oleh kerana dia pandai atau sakit atau lawa. Sebenarnya, kisah-kisah sebegini telah lama wujud untuk diambil pedoman oleh ibubapa seperti kisah ibu itik dengan anaknya yang hitam, tetapi tidak diambil kisah dengan anggapan itu adalah kisah kanak-kanak.Tiada kaitan pun dengan golongan dewasa. Tetapi, sesuatu yang menarik dapat dilihat dalam filem ini ialah suasan keluarga ini yang mengamalkan konsep open discussion. Seronok melihat keluarga anna begitu objektif ketika mendengar the fake reason why anna sue their parent. Inilah konsep yang dimahukan oleh seorang anak sebenarnya.Wahai parent, please not jump into conclusion before asking why we doing that action.Please!!! So,that all my review for this movie.See you on next film review...Bye-bye
rating:
aku:9.0 (patut ditonton oleh ibu bapa)

Sunday, November 15, 2009

Review.....2012




cerita nie merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang greatest disaster yang berlaku di earth yang mane disaster tue mempunyai tempoh seperti mana disaster lain such as banjir yang mempunyai waktu teruk pada waktu air naik dan setelah beberapa ketika, air itu air itu akan surut kembali.so, that not the end of the world likes what the movie thiller said earlier. filem ini secara keseluruhan agak menarik daripada segi aksinya dan grafiknya, namun amat lemah dari segi pembentukkan watak dan jalan cerita.watak jackson boleh diimprovekan lagi dengan menerangkan tentangnya dengan lebih detail.selain itu,yang paling aku tidak tahan ialah watak hero dan keluarganya asyik sentiasa terselamat...ada je jalan keluar bagi diorang...Dari segi jalan cerita, amatlah boleh dijangka...walaupun jackson hampir membunuh satu tamadun manusia dengan memasuki kapal secara haram yang mana menyebabkan sistem hidraulik terganggu, namun dier tetap dilayan bagi hero...
namun, disebalik itu, grafiknya amat2 menarik,tgk keretapi melayang amat mengujakan aku...dan tidak dilupakan credit also to andrian father yang mane telah berjaya membuatkan wayang senyap sunyi ketika babak andrian menelefon ayahnya...touching beb....


anyway....from skala 1
(baik tidur kat bilik) hingga 10(rugi woo..kalu tak tgk kat wayang...berbaloi2)

aku-6.5(download lagi bagus)
sukma-6
fiqry & baah-7

Saturday, November 14, 2009

sikap di GSC.....


minggu nie, aku,fiqry, sukma dan baah pergi menonton filem 2012 kat times square. aku jangka wayang akan separuh penuh, tapi jangkaan aku meleset sama sekali,full house beb.tak sangka betul. Dan menurut rakan-rakan aku yang baru nak tempah tiket pada hari jumaat untuk tontonan hari sabtu dan ahad, semuanya dah full booked. fuh, nasib baik aku dah tempah tiket awal2, pada hari khamis,12.15 am...huhuhu..awalkan...aku tak nak buat review 2012 kat sini,sebab aku aku akan buat kat page lain.anyway, ape yang aku nak cerita kat sini ialah perangai sesetengah rakyat malaysia yang agak kureng mase tgk wayang.minah nie bak kat sukma "bersemangat".tapi bagi aku,bersemangat biarlah bertempat. jgn pula kat wayang ko nak bersemangat,itu memang membuatkan aku "bersemangat" je nak marah korang.....ini sedikit petikan kata2 "semangat" daripada minah yang duduk kat sebelah aku yang membuatkan aku hangin satu macam...(betul nyer...memang tak tipu...tak edit pun kata2 nih)

minah 1:ehh....tu malaysia lah...
minah 2:ye ke?? mane ko nampak?
minah 1
: aku nampak tadi, malaysia pun nak kene tsunami...
minah 2: eeeee......
aku:^%^*%&^
(dalam hati jelah)

minah 1:lompat....lompatlah...yes..yes dapat lompat...(sambil tepuk tangan cam dak2 kecik)
disebabkan aku dah tension sangat ngan minah nie...aku mengambil langkah drastik..
aku:kak, boleh tak akak diam senyap sket....
minah1:hehehe
(sambil senyum kambing)

tapi sekejap je minah tue faham...lepas tue bising balik...aku tegur balik...senyap balik.. last2 wayang tue pun habis...untuk elakkan salah faham(sebenarnya aku takut kalu minah nie report kat balak dier, pastue balak dier datang cari aku,belasah aku,mampus aku......).......
aku:sori tadi, tak marah ekk...tak sakit hatikan??
minah 1: ok je....

p/s:kalau nak bising masa tgk movie, download lah beb, pakai torrent ke,kalau tak leh, download kat stagevu......ada faham :p