BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

LPT OH LPT!!!!!




Malaysia mempunyai banyak lebuhraya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur,
Lebuhraya Damansara-Puchong dan banyak lagi....memang memudahkan dan menyenangkan pergerakan. Tetapi
tahukah anda mengenai konspirasi disebalik pembinaan lebuhraya ini? Anda mungkin tertanya-tanya
apakah konspirasi yang mungkin ada pada jalan....

Baiklah....kita mulakan dulu dengan Lebuhraya Pantai Timur yang masih dalam pembinaan.Lebuhraya ini
sebenarnya dibina oleh pihak JKR sepenuhnya daripada step pertama iaitu bahagian pengambilan tanah
sehinggalah pembinaan jalan itu  sendiri...SEPENUHNYA OLEH PIHAK KERAJAAN...tetapi sebaik sahaja lebuhraya ini siap, ia akan diserahkan kepada MTD CORPARATION dan hak memungut tol diberikan kepada company ini. So. anda nampak tak kepelikkanya? Kerajaan buat jalan, MTD dapat duit...Apabila ditanya
kenapa MTD memungut tol..jawapanya ialah untuk proses maintainance...takkan lah proses maintainance
mancapai hampir Rm 500j? Ditanya pula kenapa diadakan perjanjian antara MTD dan Kerajaan dan membenarkan MTD untuk mengutip tol sedangkan kerajaan yang buat kerja....jawapannya ini adalah rahsia kerajaan...senangkan "jawpannya"....Pasal maintainance, pulak takkan pihak kerajaan tak mampu nak selia jalan sendiri???



Kita bercerita pula tentang Lebuhraya Utara-Selatan yang berada dibawah seliaan PLUS. Yang nie kerajaan
buat pengambilan tanah manakala proses pembinaan jalan dilakukan sepenuhnya oleh pihak PLUS. Dalam
kontrak, pihak PLUS diberikan hak mengutip tol selama 30 tahun dan setiap 3 tahun pihak kerajaan mesti
mengkaji kadar tol. Sebab itulah setiap 2-3 tahun sekali kerajaan mesti menaikkan kadar tol,jika tidak,
kerajaan mesti membayar pampasan kira-kira 1 juta kepada pihak PLUS.Konspirasi yang berlaku disini ialah
setiap kali pihak PLUS membuat pembaikan jalan seperti major road revonation seperti kat tol jelapang atau
penambahan satu lorong di lebuhraya KL-SEREMBAN (masih dalam perbincangan)...pihak PLUS akan menuntut supaya tempoh kontrak mengutip tol dilanjutkan dengan alasan kononya untuk menampung kos pembaikan itu.
Mengenai isu kajian harga tol setiap tahun, terfikir juga bagaimana kajian ini dilakukan....setiap tahun,
jumlah kenderaan yang melalui lebuhraya itu meningkat, so, adakah peningkatan jumlah kenderaan sebanyak berjuta-juta setahun tidak mampu untuk menampung kos-kos "maintainance" seperti yang digembar-gemburkan?



Dapat diperhatikan disini seolah-olah kerajaan adalah boneka syarikat-syarikat ini dalam memenuhkan
kantong poketnya. Kerajaan yang buat kerja, kerajaan yang umumkan kenaikan tol, tapi yang rilek goyang kaki yang office sambil minum kopi starbuck ialah syarikat-syarikat ini yang "bermurah" hati "menolong" kerajaan.



Soalnya sekarang adakah kerajaan bodoh atau pengundi yang bodoh kerana memilih kerajaan yang bodoh?
Sama-sama kita fikirkan.....

0 comments: