BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

review filem my sister's keeper....


filem terbaru yang baru aku tonton ialah my sister's keeper.

sinopsis: filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang kanak-kanak perempuan yang cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang ibu bapanya daripada "memaksanya" mendermakan
kidneynya kepada kakaknya.situasi ini berlaku kerana kate(kakak kanak-kanak perempuan-sofia vasselieva) itu tidak mempunyai penderma yang sesuai. maka, sebagai jalan penyelesaiannya, doktor mencadangkan kepada parent kate supaya melahirkan bayi tabung uji yang mana telah dimodifiedkan genetiknya agar bersesuaian dengan kate.oleh itu, sejak daripada kecil lagi anna (bayi tabung uji-abagail breslin) telah diinject dengan pelbagai ubat untuk memastikan kesamaan genetik kidneynya dengan kate. Klimax filem ini bermula setelah peguam campbell alexander (alex baldwin) setuju untuk mengambil kes anna.parent anna diwakili sendiri oleh ibu anna (cameron diaz) yang merupakan seorang peguam yang terpaksa berhenti untuk menjaga kate setelah kate disahkan meghidap kanser. setelah puas turun naik mahkamah akhirnya peleraian filem
datang apabila abang anna (evan ellingson) mendedahkan kenapa sebenarnya anna menyaman parentnya.itu adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan kate. kate sebenarnya ingin menyedarkan ibunya bahawa dia turut mempunyai adik-adik lain yang patut juga diberikan perhatian bukannya hanya menumpukan 100% kepadanya dan sebagai isyarat bahawa dia telah bersedia untuk pergi ke "dunia lain".


Review: Pergh...amat terkagum dengan lakonan abagail breslin. Begitu matang dan cool.memang filem-filemnya tidak pernah mengecewakan seperti lakonan sebagai gadis comel dalam miss little sunshine dan sebagai anak yang memahami dalam definetly, maybe.gadis ini memang amat cute tetapi disebalik ke"cute"tannya,terserlah ciri gadis matang yang berpendirian apabila mampu bersikap selamba menangani soaljawab parentnya dan judge.walaupun masih muda, tetapi mampu mengangkat filem ini ke tahap tersendiri dibantu dengan pelakon-pelakon kelas'a' holloywood seperti cameron diaz dan alex baldwin.jika abagail breslin diganti dengan kanak-kanak lain, mungkin filem ini hanya bertaraf "bolehlah".plot filem ini disusun dengan amat baik sekali yang mana aku amat sukakan dengan twist yang berlaku di pengahkiran cerita, punca campbell alexandar
mengambil kes anna, punca anna menyaman ibu bapanya dan bagaimana keadaan kate ketika dia meninggal.amat sedih.sesuatu yang boleh kita ambil pedoman daripada filem ini ialah kasih sayang ibu memang tidak terkira besarnya.Mereka sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan anaknya.Tetapi sebagai parent, jangan pula kita melebih-lebihkan seseorang anak berbanding yang lain oleh kerana dia pandai atau sakit atau lawa. Sebenarnya, kisah-kisah sebegini telah lama wujud untuk diambil pedoman oleh ibubapa seperti kisah ibu itik dengan anaknya yang hitam, tetapi tidak diambil kisah dengan anggapan itu adalah kisah kanak-kanak.Tiada kaitan pun dengan golongan dewasa. Tetapi, sesuatu yang menarik dapat dilihat dalam filem ini ialah suasan keluarga ini yang mengamalkan konsep open discussion. Seronok melihat keluarga anna begitu objektif ketika mendengar the fake reason why anna sue their parent. Inilah konsep yang dimahukan oleh seorang anak sebenarnya.Wahai parent, please not jump into conclusion before asking why we doing that action.Please!!! So,that all my review for this movie.See you on next film review...Bye-bye
rating:
aku:9.0 (patut ditonton oleh ibu bapa)

0 comments: