BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

in the name of rome (the men who won the roman empire

Aku baru habiskan satu bab buku ini yang mana menceritakan perihal bagaimana sruktur pemerintahan rome secara dasar dan juga membuat sedikit argument tentang percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli sejarah tentang apa sebenarnya peranan seorang jeneral rome di medan perang. secara dasarnya mereka dipilih daripada golongan aristokrat yang dilihat elok berkerja di ruang politik. maka, mereka dipilih menjadi ketua di medan perang dengan anggapan bahawa mereka juga mampu menjadi ketua yang hebat di sana. tetapi apabila dilihat dari kaca mata moden, jeneral ini merupakan seorang yang amatur. bagi yang menyokong pendapat ini, mereka merasakan yang betul-betul mendokong perang rome ialah golongan tentera elite legion.
Tetapi sebelum menerima pendapat ini secara terus, kita seharusnya meneliti bagaimana jeneral ini dipilih, mereka dipilih setelah melalui beberapa peringkat iaitu mereka seharusnya sudah berkhidmat dalam kerajaan sekurang-kurangnya selama 10 tahun atau sudah melalui 10 kempe perang, kemudian mereka dibenarkan untuk memasuki pilihan raya senator.kemudian, daripada mereka akan dilantik sebagai assistant counsel. selepas setahun menjadi assinstant counsel, mereka akan melakukan beberapa tugas bukan tentera.setelah tamat tempoh setahun,mereka akan dilantik sebagi counsel.
So, dapat kita lihat disini bahawa jeneral rome terpilih daripada tentera sebenarnya. maka isu mereka tidak terlatih tidak timbul sebenarnya kerana mereka telah melalui banyak kempen perang yang mana boleh mematangkan mereka tentang strategi perang yang sepatutnya.
Aku juga ingin bercerita disini bagaimana rome sebenarnya terbina dan amat menyanjungi golongan tentera. Perkara ini terbukti bagaimana, apabila satu legion tentera telah memenangi satu kempen, mereka akan diarak dengan penuh meriah oleh warga rome ke tengah bandar. Bagi jeneral pula, mereka akan mengambil sedikit harta rampasan untuk mengukir sedikit permenant proof about their winning their house. then this story will continue generation to generation.

0 comments: