BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 15, 2012

trip to singapore...part 2

Mengikut perancangan awal, setelah habis di USS, aku akan kembali ke hostel dan pada malamnya aku akan berjalan di sekitar clarke quay. Pada esoknya pula, aku akan membeli duck n hippo tour untuk melawat museum-museum sekitar singapore pada sebelah paginya dan sebelah petang aku akan melawat sentosa dan mengambil noon play pass dan menyaksikan persembahan song of the sea pada malamnya. Pada hari terakhirnya, aku akan melawat lagi museum-museum yang terdapat di Singapore dengan  menggunakan pass duck n hippo tour dan pada petangnya aku akan bertolak ke JB Sentral dan pusing-pusing di sekitar JB sentral hingga tibanya waktu untuk aku menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur. Itulah perancangan awal.

   Tapi beli aku review balik plan aku tue, aku rasa seolah-olah memakan masa untuk datang balik ke sentosa island buat kali kedua (USS sebenarnya terletak di Sentosa Island, that why we need take bus, monorail,cable car or ferry to cross from mainland to Sentosa). So, change plan, plan untuk hari kedua petang dibawa ke hari pertama petang tetapi itu semua tertakluk samada tiket song of the sea masih ada atau tidak. Maka, aku bergerak menuju kaunter tiket song of the sea terletak tidak jauh dari pintu keluar USS. Alhamdullilah, tiket song of the sea masih ada. Walaupun tiket yang tinggal hanya premium, namun itu tidak menjadi masalah buat aku sbb kelebihan bagi pemegang tiket premium: 1)seat anda berada sudah direserve, maka nya anda boleh masuk pada bila2 masa 2) anda tidak perlu beratur. Jadi,boleh gunakan kelebihan tue utk meronda-ronda di sentosa (play maybe?!!). Kenapa aku beria-ria benar nak tgk song of the sea nie? kerana ia merupakan top recommendation from my sis in law (again?!! For this trip i asked her a lot because she used to travel there a few times as single and couple..my 1st trip la katakan, so, prepare kene lah lebih sket :))

   Apabila tiket song of the sea, tetiba, satu persoalan menerjah benak. Skrg pukul 5:30pm, aku tak solat lagi nie. kat mana nak solat nie?? Travel tiada salah, tapi tuntutan agama tetap kene jaga beb! Teringat aku satu peristiwa dimana aku join satu xpdc ke gunung korbu. Gunung nie walaupun bukan yang tertinggi di Malaysia ttp kesukaran untuk memanjatnya adalah pada level 4 daripada 5 level yang wujud. Senang cerita, kalau korang panjat broga hill dah semput, usahlah bermimpi di siang hari nak jejak puncak gunung nie kalau xtraining setahun (aku xkata xblh tapi kene training dulu..everything is possible). Ceritanya,sbb kami nie semuanya org islam, maka, wajiblah xpdc ini dimulakan dengan bacaan doa. Bacaan doa diketuai oleh seorg yg sudah tentu antara yg teralim dikalangan kami. Usai bacaan doa, maka brtrekkinglah kami. Setelah seharian berhempas pulas bertrekking dari starting checkpoint utk kaki gunung yang mana terletaknya base camp (nak sampai kaki gunung pun dah seharian..bayangkan kegilaan gunung ini). Dipendekkan cerita, tok imam yg duk baca doa diawal xpdc tadi, bila dah siap setup semua khemah, maka dengan laju dier masuk ke dalam khemah itu dan melaungkan satu ayat "oklah aku tido dulu, solat tue aku qada' je la nanti". Bukan seorang dua tp ramai. Maka, trgarulah kepala aku yg xgatal. "ada ke solat qada?". Balik sahaja dr xpdc tue, terus aku cuba check di internet perihal solat qada'. Yelah, bukan semua hal2 feqah aku tahu lagi2 dalam bab yang darurat n on that day, keadaan sebenarnya agak darurat sbb air hanya cukup utk mkn dan minum. Mmg sah, solat qada' tak wujud. Husnuzon aku, mereka mungkin tidak tahu solat qada' xwujud. Solat wajib tidak kira waktu dan tempat. Rukhsah qada' xda. Maka berfikirlah aku dimana aku nak solat, blkg tangga? celah pokok? Stor cleaner? Masih lagi di kaunter song of the sea, aku perhatikan muka abg kaunter nie ada ala2 melayu sket, maka stigma malaysian dgn laju dtg ke otak aku -melayu = islam. Tapi dgn mentah2 abg tue menidakkan stigma aku. Walaupun dia bukan islam, tapi dier tahu satu prayer room berdekatan dengan kaunter tiket di tengah2 of sentosa (near to skyline luge sentosa). So, from USS, aku bergerak ke tengah2 sentosa dengan menaiki sentosa express (free jer) dan turun di station imbiah. Dari situ, aku mengambil peluang sebentar untuk melihat-lihat replika the merlion, tiger tower , mengambil gambar di sekitar images of singapore (nak masuk kene byr) dan sedikit sesat di sana sini, aku brjaya jugak sampai di prayer room itu. Sebenarnya, prayer room itu adalah untuk semua agama, tp ptg tue yg aku jumpa hanyalah muslim. Selesai brsolat, aku mencongak-congak utk mencuba skyline luge sentosa. Congakan aku mengatakan bahawa byk lagi masa yg ada, hampir 2jam. Trpaksalah aku memanjat tangga yg aku agk setinggi kuil batu caves (tapi bila fikir2 balik, rasenya separuh je kot..) kerana entry point skyline trletak di puncak bukit dan prayer room trletak berhampiran beach yakni bwh bukit.

  

0 comments: