BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 15, 2012

trip to singapore...part 2

Mengikut perancangan awal, setelah habis di USS, aku akan kembali ke hostel dan pada malamnya aku akan berjalan di sekitar clarke quay. Pada esoknya pula, aku akan membeli duck n hippo tour untuk melawat museum-museum sekitar singapore pada sebelah paginya dan sebelah petang aku akan melawat sentosa dan mengambil noon play pass dan menyaksikan persembahan song of the sea pada malamnya. Pada hari terakhirnya, aku akan melawat lagi museum-museum yang terdapat di Singapore dengan  menggunakan pass duck n hippo tour dan pada petangnya aku akan bertolak ke JB Sentral dan pusing-pusing di sekitar JB sentral hingga tibanya waktu untuk aku menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur. Itulah perancangan awal.

   Tapi beli aku review balik plan aku tue, aku rasa seolah-olah memakan masa untuk datang balik ke sentosa island buat kali kedua (USS sebenarnya terletak di Sentosa Island, that why we need take bus, monorail,cable car or ferry to cross from mainland to Sentosa). So, change plan, plan untuk hari kedua petang dibawa ke hari pertama petang tetapi itu semua tertakluk samada tiket song of the sea masih ada atau tidak. Maka, aku bergerak menuju kaunter tiket song of the sea terletak tidak jauh dari pintu keluar USS. Alhamdullilah, tiket song of the sea masih ada. Walaupun tiket yang tinggal hanya premium, namun itu tidak menjadi masalah buat aku sbb kelebihan bagi pemegang tiket premium: 1)seat anda berada sudah direserve, maka nya anda boleh masuk pada bila2 masa 2) anda tidak perlu beratur. Jadi,boleh gunakan kelebihan tue utk meronda-ronda di sentosa (play maybe?!!). Kenapa aku beria-ria benar nak tgk song of the sea nie? kerana ia merupakan top recommendation from my sis in law (again?!! For this trip i asked her a lot because she used to travel there a few times as single and couple..my 1st trip la katakan, so, prepare kene lah lebih sket :))

   Apabila tiket song of the sea, tetiba, satu persoalan menerjah benak. Skrg pukul 5:30pm, aku tak solat lagi nie. kat mana nak solat nie?? Travel tiada salah, tapi tuntutan agama tetap kene jaga beb! Teringat aku satu peristiwa dimana aku join satu xpdc ke gunung korbu. Gunung nie walaupun bukan yang tertinggi di Malaysia ttp kesukaran untuk memanjatnya adalah pada level 4 daripada 5 level yang wujud. Senang cerita, kalau korang panjat broga hill dah semput, usahlah bermimpi di siang hari nak jejak puncak gunung nie kalau xtraining setahun (aku xkata xblh tapi kene training dulu..everything is possible). Ceritanya,sbb kami nie semuanya org islam, maka, wajiblah xpdc ini dimulakan dengan bacaan doa. Bacaan doa diketuai oleh seorg yg sudah tentu antara yg teralim dikalangan kami. Usai bacaan doa, maka brtrekkinglah kami. Setelah seharian berhempas pulas bertrekking dari starting checkpoint utk kaki gunung yang mana terletaknya base camp (nak sampai kaki gunung pun dah seharian..bayangkan kegilaan gunung ini). Dipendekkan cerita, tok imam yg duk baca doa diawal xpdc tadi, bila dah siap setup semua khemah, maka dengan laju dier masuk ke dalam khemah itu dan melaungkan satu ayat "oklah aku tido dulu, solat tue aku qada' je la nanti". Bukan seorang dua tp ramai. Maka, trgarulah kepala aku yg xgatal. "ada ke solat qada?". Balik sahaja dr xpdc tue, terus aku cuba check di internet perihal solat qada'. Yelah, bukan semua hal2 feqah aku tahu lagi2 dalam bab yang darurat n on that day, keadaan sebenarnya agak darurat sbb air hanya cukup utk mkn dan minum. Mmg sah, solat qada' tak wujud. Husnuzon aku, mereka mungkin tidak tahu solat qada' xwujud. Solat wajib tidak kira waktu dan tempat. Rukhsah qada' xda. Maka berfikirlah aku dimana aku nak solat, blkg tangga? celah pokok? Stor cleaner? Masih lagi di kaunter song of the sea, aku perhatikan muka abg kaunter nie ada ala2 melayu sket, maka stigma malaysian dgn laju dtg ke otak aku -melayu = islam. Tapi dgn mentah2 abg tue menidakkan stigma aku. Walaupun dia bukan islam, tapi dier tahu satu prayer room berdekatan dengan kaunter tiket di tengah2 of sentosa (near to skyline luge sentosa). So, from USS, aku bergerak ke tengah2 sentosa dengan menaiki sentosa express (free jer) dan turun di station imbiah. Dari situ, aku mengambil peluang sebentar untuk melihat-lihat replika the merlion, tiger tower , mengambil gambar di sekitar images of singapore (nak masuk kene byr) dan sedikit sesat di sana sini, aku brjaya jugak sampai di prayer room itu. Sebenarnya, prayer room itu adalah untuk semua agama, tp ptg tue yg aku jumpa hanyalah muslim. Selesai brsolat, aku mencongak-congak utk mencuba skyline luge sentosa. Congakan aku mengatakan bahawa byk lagi masa yg ada, hampir 2jam. Trpaksalah aku memanjat tangga yg aku agk setinggi kuil batu caves (tapi bila fikir2 balik, rasenya separuh je kot..) kerana entry point skyline trletak di puncak bukit dan prayer room trletak berhampiran beach yakni bwh bukit.

  

Sunday, July 10, 2011

trip to singapore...part 1

Singapore@singapura@temasek..ape jua namanya..ia merupakan satu negara yang terletak di hujung johor darul takzim,Malaysia. Aku sebenarnya dah  lama nak pergi melancong ke luar negara tapi macam-macam kekangan. duit, masa,mental, fizikal....then, tetiba aku dapat angin gila entah dari mana, aku terus pergi tempah tiket airasia ke singapore from LCCT to Changi Airport..Mula2 aku xnak beritahu parent aku pasal pemergian aku ke kota singa nie, hajatnya nak mintak tolong abang aku mintak hantar ke KL sentral, then from there aku ambil KL express. Aku propose that idea time kenduri aqiqah sedara aku, then abang aku cakap, "time tue mana ada train"....hampir tercekik daging aqiqah bila aku dengar perkhabaran tue. Masa tue pulak, mak ayah aku kat sekeliling, maka terbongkarlah plan aku....Maka, reaksi mereka terhadap plan aku ke Singapore secara sendirian....
   
      "Abah ok je Amin nak gi sorang2, barulah adventure sket"
      "Kalau dah xda sape2 nak gi, nape beli tiket jugak?" kata mama sambil menahan geram...yelah, nak marah x boleh sebab abah dah kasi...

Yes, aku pergi ke Singapore secara sendirian. Kenapa boleh bersendirian? Sebab aku ajak member2 aku, semuanya memberi reaksi hambar, sehambar lawak amir maharaja lawak...So, atas semangat yang diberikan oleh my sis in law mengatakan "it's fine to travel alone in singapore", aku pun ambik la risiko tue...

Why Singapore? Nape pilih negara yang currency nya lebih mahal daripada kita??? byk lagi negara SE Asia yang currency nya jauh lagi murah...jawapannya: ini pun atas saranan my sis in law, dier kata For newbie backpackers (it is me of course!!!) singapore ialah tempat yang baik untuk belajar and gain experience backpacking sebab katanya:
      1) negara tue dekat dengan malaysia,ape2 hal senang.
      2) public transportation kat situ sangat excellent, so, x byk problem to move from 1 point to another point.

So, i choose Singapore...

5 july 2011
Aku bertolak dari rumah jam 3am, my parent yang hantar. After check in(pakai web check in je),document check, aku pun brgerak la ke gate Y2. Dah bosan xtahu nak wat ape, aku jalan2 la kat sekitar LCCT tue sambil beli ubat gigi kat The Zone and beli top-up maxis. Hajat hati nak beli RM10 je, tapi habis pulak,terpaksalah ambil je yg RM30. Aku sebenarnya xberapa gemar nak naik kapal terbang. Bukannya sebab aku takut tinggi, tapi aku ada motion sickness. Kalau aku naik bot pun, sekejap je aku boleh naik, 5mins lepas tue, aku dah terdampar macam ikan yu kat tepi pantai sambil mengeluarkan segala sisa makanan yang berbaki kat dalam perut. Tepat jam 6.15 pagi, aku bertolak dari LCCT ke Changi Airport Terminal 1. Perjalanan hanya memakan masa selama 45minit. Nasib baik dalam perjalanan tue ada seorang christian jehovah preacher yang balik bercuti setelah 2 tahun berdakwah di China sudi bersembang dengan aku. Kuranglah sket pening kepala. Kami bersembang tentang Islam, Jehovah dan Christian. What is the similarities and the differences. Walau sekejap, tapi cukup bermakna. Setelah sampai di Changi Airport dan melepasi immigration checkpoint, aku mula meraba-raba mencari MRT untuk ke hostel panginapanku, Rucksck Inn 2 yang terletak di Hongkong Street. Daripada MRT network map, aku just perlu ambil MRT dari Changi Airport terus ke Clarke Quay dengan change line di Outram park. Seems easy right? Tp bukan mudah yang disangka,sebab aku mendarat di terminal 1 sedangkan MRT hanya ada di terminal 2 dan 3. Mula-mula pening jugaklah dibuatnya macam mana nak sampai ke station MRT tue, bile aku tanya orang macam mana nak pergi ke Clarke quay , respon yang aku dapat mcam blur2 je. Then aku tukar pertanyaan macam mana nak pergi ke harbour front, ada respon positif. Daripada terminal 1 untk ke terminal 2 @ terminal 3, aku boleh naik train yang xpayah bayar pun, naik je terus. Aku turun di terminal 2, dan dari situ ada banyak sigboard untuk ke station MRT. Untuk beli tiket MRT, tourist ada 2 choice samada untuk beli single pass ticket @ EZ-link tourist pass. Single pass tiket akan mengenakan harga asal perjalanan + SD1 dan hanya boleh dibeli kat autobuy machine (kalau korang gatal2 nak beli kat kaunter, abang kaunter tue halau korang suruh beli kat machine). That means your need to pay SD2++ tapi korang boleh dapat SD1 balik if we masukkan balik ke dalam autobuy machine tue. EZ-link tourist pass pulak ialah unlimited daypass untuk train dan bas yang mengenakan caj SD8 sehari. Aku beli single pass ticket ke clarke quay (menyesal jugaklah sebab kalau campur semua kos perjalanan hari tue, memang lebih SD8,so better to buy tourist pass).
     Dalam train, aku dapati suasananya x banyak beza pun mcm LRT kat Malaysia. Yang berbezanya, kat Malaysia, wanitanya ramai bertudung, tapi kat sana ramai free hair la. Aku kat dalam train lebih kurang pukul 8am, so, dapat tengokla macam mana muka2 singaporean nak pergi kerja. Untuk sampai ke Clarke Quay, aku kena tukar train tanah merah dan ambil train menghala ke Joo Koon. Then sekali lagi aku kena tukar train di Outram Park dan ambil train menghala ke Punggol. Nasib baik aku dah print siap2 network map bagi MRT, kalau x, pening jugak dibuatnya. When my train approaching Clarke Quay, barulah aku tahu kenapa org blur when i ask them macam mana nak pergi ke Clarke Quay (aku menyebutnya dengan sebutan klak kuei) sebab sebutan yang sebenarnya ialah ~klak ki~. Bile dah sampai ke Clarke Quay station, semua orang seolah-olah berlari-lari. Bukannya sebab ada bom nak meletup, stail diorang jalan mcam laju sangat. Semangat nak pergi Office kot?.. Aku pun turut serta jugaklah dalam unofficial marathon tue sebab aku terkejar-kejar nak sampai ke Universal Studio Singapore (USS) sebelum pukul 9 sebab on that day, USS dibuka pada pukul 10am, that means ticket booth is open on 9am. Aku nak sampai cepat bukanlah sebab excited (tipulah kalau kata x excited) tapi aku risau kalau tiket for that day habis. That means itinerary aku for the next days akan terganggu. Tiba-tiba phone aku berdering...
       " Hello.."
       "Hello....pukul berapa sampai?" ask my mum
       "Kul 7am"
       "Skang nak pergi mane?"
       "Check in kat hostel" balasku...
       "k,take care kat negara orang, t mama call lagi" pesan mama ku..
       "ok, bye"
Habis je menjawab panggilan my mum, aku terus mencari-cari arah ke hostel untuk check in. Dengan berbekalkan sedikit ilmu from google maps, aku berjaya sampai jugak ke hostel tue. Mmg sangat dekat dengan Clarke Quay MRT station. Lebih kurang 5minit je. Then, lepas check in, aku terus bergerak kembali ke mrt station untuk ke Harbour Front station.  Dalam kepala aku, ape yang dirancangkan, daripada Harbour Front station, aku akan berjalan melalui Sentosa Broadwalk untuk sampai ke USS. Nak jimatlah katakan. Pabila aku dah sampai di Harbour Front Station, menerusi Vivocity (time tue xbukak lg), aku meraba-raba mencari arah ke Sentosa Broadwalk. Tapi time tue baru aku sedar bahwa jarak dari Harbour Front ke USS xlah sedekat yang kita nampak kat dalam map. Aku pun berlari-lari mencari arah untuk naik cable car tapi ape yang jumpa hanyalah ferry station. Last-last aku buat keputusan naik bas. Caj yang dikenakan SD2. Dengan melalui perjalanan hampir 20 min, akhirnya sampai jugak aku di USS. yeah....

  Masa nak beli tiket, aku mintak univeral experss. Auntie yang jaga booth tue macam xpercaya je aku nak beli universal express. Aku pun xfaham nape. So, jumlah bayaran yang dikenakan SD66(harga asal ticket)+SD30(universal express) = SD96. Tujuan utama aku beli universal express sebab aku nak singkatkan masa for queuing and allow me to spend more time to see USS in and out. Pengalaman di USS sangat menakjubkan bermula dengan holloywod theme, madagascar theme, kemudian dengan shrek theme, diikuti dengan Jurassic park theme, then the mummy theme , sci-fi theme and last but not least new york theme. Attraction yang paling mencabar sekali tentulah kombo 2 roller coaster di sci-fi theme. Disitu terdapat 2 roller coaster yang terletak bersebelahan, satu dipanggil cyclone dan satu lagi diberi nama human. Cyclone dan Human bermula pada masa yang sama seolah-olah menyaksikan drag car race. Treknya pula kadang-kadang seperti macam nak bertembung. Aku try human dulu sebab i see human less scarier than cyclone because the track is underneath your feet like usual roller-coaster dan berbekalkan pengalaman Corkscrew di Genting Highland mengurangkanlah sedikit debarannya. Tetapi berdebar tetap ada sebab aku nie jenis cepat mabuk, so, yang paling aku risau, after finish, aku dah xboleh bangun.... Lepas dah puas menjerit sana-sini, berjaya jua aku Tapi pening jugaklah. Almost 15mins aku duduk sambil legakan pening sambil menjeling-jeling ke arah seorang japanese mum with her son. SO CUTE. Then come the time for me to try cyclone. Suspended roller coaster. Mula-mula dah semangat nak naik tapi lepas baca safety warning kat depan entrance ride, tiba-tiba aku jadi cuak balik sebab kat situ tertulis not recommended for person who easily get motion sickness. Tak guna punya safety warning. So....nak xnak nak xnak xnak nak xnak...10 mins later....LET's WE TRY IT....Comment: Cyclone memang the best lah. Yang paling best sekali masa roller coaster tue buat pusingan 360..mmg menjerit tak ingat dunia. Nasib baik xhilang suara. Tapi turun je daripada cyclone aku terus pening. Sampai aku terbaring kat new york theme sebab aku xtahan bunyi bising kat sci-fi theme yang menyebabkan aku terasa lebih nak termuntah. Hampir 20 mins aku kat bench tue. Antara attraction yang menarik perhatian ialah the mummy roller coaster. Ianya ialah indoor roller coaster and it really dark in there. Seriously dark. We can just imagine how fast it go. Beside that, haba api yang memancar-mancar kat kiri dan kanan cukup dapat dirasakan. Satu lagi attraction yang menarik perhatian aku ialah Donkey Live. It is a stand-up show that show Donkey (Shrek the movie) interactively talking with audience. Apa yang aku nak komen kat sini bukannya pasal that show tapi about the differences Malaysian child dengan Westerner child. Anak-anak mat saleh nie xtakut utk kehadapan dan berinteraksi dengan pengacara. Even that MC asked that child to do something a little bit stupid, but, they still do it. If we ask malaysia child to do that gesture, confirm xkan jalan punya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku handling a few program in primary school. Memang sangat susah nak ajak malaysian child to participate in-prompt in live activities. Mungkin disebabkan Malaysian specifically Malay have a lot of taboo. We can't do this, we can't do that yang mana akhirnya menyebabkan keinginan dan kemahuan kanak-kanak tersebut terbantut. Bagi malaysian better to do nothing rather than to do something and get scolded. Jadi, lahirlah masyarakat yang tidak berani mengambil risiko. Bagi aku, jikalau kita nak melahirkan lebih ramai usahawan dan menguasai ekonomi, kita harus ubah cara asuhan anak-anak supaya lebih berani mengambil risiko because business is all about risk. 
    Menjelang tengah hari, aku mula mencari-cari makanan. Yelah ,daripada pagi hanya meneguk air 100plus je. Luckly kat USS nie banyak kedai halal. Aku order satu set burger (bessarrr glerrrr) which consist burger+fries+soft drink = SD13. Perut memang dah lapar, tapi mungkin disebabkan aku tidak cukup tidur dan agak penat berlari-lari, so, selera makan dah kurang sket. Aku makan fries je dulu dan burger simpan dalam beg. Bagi aku, when we travel oversea, kita tak payah la nak kira convert every item yang kita nak beli kepada RM especially kalau negara yang kita travel tue currencynya lagi mahal terutamanya bab makanan. What i means here is, katakan kita nak beli air mineral 500ml. Harga kat Malaysia ialah RM1 and when we travel let say singapore, we go to 7elevan to buy mineral water, we see the price is SD1. Daripada situ, kita sudah dapat our personal price benchmark. EASY. So, bagi aku, set burger yang berharga SD13 adalah biasa sebab kalau kita pergi McD Malaysia, kita akan dicaj dengan harga +-RM13 jugak. Tapi bagi aku, situasi akan jadi berbeza jikalau kita hendak bershopping dan barangan tue pulak memang ada kat Malaysia. Yang tue memang kita kena convert, for example handbag brand COACH. Malaysia ada, Singapore pun ada. Let say, at Malaysia, harganya RM2000 but kat Singapore harganya SD1200, nampak je murah, try korang convert dulu, xke lagi mahal jadinya.So, buat apa membazir duit tak tentu pasal kan? Baik beli kat Malaysia...
    Dah puas aku bermain, aku bershopping pulak. Tapi sesi shooping tidak senang bagi aku yang kurus dan rendah ini kerana kebanyakkan baju-baju yang ada disini walaupun saiznya S, tetapi tetap besar bagi aku. Terpaksa aku melakukan tawaf di USS ini dan satu-satunya baju yang sesuai dengan aku ialah baju jurassic park dan aku tetap membeli sedikit ole-ole buat famili ku di rumah..baik jugak aku nie...hik3...Sebelum aku mengakhiri tour aku di USS, aku akhirinya dengan menyaksikan satu persembahan muzikal monster yang menampilkan monster-monster yang popular di barat seperti frankenstain, shewolf, dan dracula. Persembahan muzikalnya sangat menarik dan mengujakan. Keseluruhannya aku rasakan, jikalau taman tema sebegini di bina di Malaysia, sudah menjadi satu isu kerana aku rasa masyarakat Malaysia secara KESELURUHANNYA masih belum bersedia menerima hiburan yang sebegini rupa.Sedangkan stand-up comedy pun kita masih bertatih untuk menerimanya dengan kemunculan raja lawak dan maharaja lawak , apatah lagi dengan persembahan seperti yang terdapat di USS. Apa yang ingin aku tegaskan disini, penerimaan secara menyeluruh yakni seperti kita menerima hiburan realiti sebab aku sedar ada yang sudah biasa.

    
 










             

Thursday, November 11, 2010

Broga hill

Broga Hill

Broga Hill merupakan salah satu bukit yang terletak di Semenyih, Selangor. Bukit ini terletak berhampiran dengan University Of Nottingham Cawangan Semenyih. Perjalanan ke kaki bukit ini jika dari Gombak adalah selama 45 minit dengan kereta. Jika anda datang ke bukit ini dengan menaiki kenderaan, anda boleh memarkir kenderaan anda di kaki bukit tersebut yang merupakan ladang kelapa sawit dengan dikenakan bayaran RM2.

Ladang kelapa sawit tempat kereta di parking...
Tempat ini agak penuh terutamanya di awal pagi kerana masing-masing ingin melihat sunrise. Jadi, jika anda ingin mendaki dengan tenang tanpa perlu beratur, seeloknya anda mulakan pendakian anda sekitar pukul 8.30am kerana pada waktu itu, ramai pendaki yang sudah mula turun dari puncak bukit. Menurut papan tanda yang terdapat di permulaan trek, bukit ini berketinggian 400m dan trek ke puncak bukit broga pula sepanjang 1.7 km (wow!!)http://www.emocutez.com. Bukit ini mempunyai 4 puncak dan puncak terakhir adalah yang berketinggian 400m. Walaupun bukit ini bolehlah diketegorikan sebagai 'taklah tinggi sangat' tetapi anda amatlah dinasihatkan untuk melakukan 'warming up' terutamanya bagi mereka yang dah lama tak melakukan sebarang aktiviti lasak untuk mengelakkan sebarang masalah terutamanya 'cramp' atau terseliuh. Pada permulaannya, anda akan melalui trek landai yang mana sekilingnya adalah kelapa sawit.
                                                

Trek di peringkat awal
                                                                                                                                                                                     
Semakin lama anda mendaki, trek sudah semakin curam dan anda akan dikelilingi dengan hutan.

Trek di peringkat kedua...

Hutan mula mengantikan kelapa sawit...

Menghampiri puncak pertama,http://www.emocutez.com suasana hutan mula hilang dan anda sekarang mula dikelilingi dengan lalang-lalang yang tinggi yang mana amat indah dan menarik sekali.  Untuk sampai ke puncak ke pertama, lereng bukit sudah menjadi amat curam tetapi usah risau, treknya yang berbentuk seperti tangga akan banyak membantu anda tetapi keseimbangan dalam mengatur langkah tetap diperlukan.
Trek untuk ke bukit pertama
Trek diantara puncak ke puncak

Bergerak ke puncak kedua, anda perlu menuruni sedikit puncak yang pertama  dan mendaki balik kerana puncak kedua lebih tinggi daripada puncak pertama dan turutan ini berterusan sehingga puncak ke-4 yang mana paling tinggi diantara semua puncak.


Antara binatang-binatang yang terdapat di puncak
Trek untuk ke puncak ke-4

Untuk sampai ke puncak ke-4, pendaki  terpaksa berpaut pada tali yang hanya diikat pada serumpun lalang. Bayangkan kalau lalang tersebut tercabut http://www.emocutez.com.

Tali yang menyeramkan!!!

Akhirnya..puncak!!! Tinggi tak???
For me, puncak ke-3 mempunyai panorama yang amat menarik. Dibuai dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, lalang menjadi latar yang mana menjadikan suasananya amat tenang dan menyenangkan http://www.emocutez.com.Dari puncak itu juga anda dapat melihat bandar Sememyih yang kelihatan amat menarik dari atas.
View dari puncak ke-3

Lalang-lalang yang hidup di puncak Broga Hill

Dari puncak ke-4 Bukit Broga, anda boleh teruskan pendakian sejauh lebih kurang 3km untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan.
Bandar Semenyih jelas kelihatan dari puncak ke-4..amat menarik...


Jadi itu sahaja review bagi Bukit Broga dan bagi anda yang ingin mencuba-cuba untuk melakukan aktiviti lasak seperti hiking atau anda hanya ingin melakukan aktiviti santai bersama rakan-rakan atau hanya ingin lari sebentar daripada kepekikan Bandaraya Kuala Lumpur tanpa mengeluarkan duit yang banyak dan tidak mahu terlalu menekan kudrat anda atau ingin mengambil pic kahwin di bukit (seperti angkasawan negara)http://www.emocutez.com, maka Bukit Broga patut menjadi pilihan utama. Permandangan yang amat indah dibantu dengan trek yang jelas dan mudah menjadikan bukit ini boleh ditakluki sesiapa sahaja asalkan jangan gopoh, nanti sakit pula bila turun nanti.  http://www.emocutez.com

review - Dear John...


Sinopsis- Filem ini mengisahkan mengenai seorang askar special forces US yang bernama John Tyree (lakonan Channing Tatum) yang bertugas di Germany dan pulang sebentar ke kampung halamanya di Charleston, South Carolina. Ketika dia sedang bercuti, seorang wanita telah berjaya memikat hatinya iaitu Savannah Curtis (lakonan Amanda Seyfried). Daripada perkenalan di tepi pantai selepas John telah menyelamatkan beg Savannah, timbullah bibit-bibit percintaan di hati mereka.http://www.emocutez.com Savannah digambarkan sebagai seorang perempuan yang amat baik dan beretika kerana dia tidak pernah mengambil alkohol mahupun dadah http://www.emocutez.com tetapi John pula digambarkan sebagai seorang yang mempunyai masa silam yang gelaphttp://www.emocutez.com  kerana tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ayahnya yang menghidap penyakit autisme (further info on autism: click here ).  John hanya mengetahui penyakit yang dihidapi ayahnya setelah diberitahu Savannah. Setelah cuti musim panas tamat, John dan Savannah terpaksa pulang ke komitmen masing-masing iaitu John terpaksa pulang ke Germany selama setahun dan Savannah pulang ke universitinya. Dalam tempoh setahun itu, mereka hanya berhubung melalui surat.

          Savannah ketika membaca surat daripada John




Tetapi setelah tempoh setahun hampir tamat, tiba-tiba Bangunan WTC dilanggar dan ini bermakna John terpaksa melanjutkan tempoh khidmatnya di Special Forces lagi dua tahun atas desakan rakan-rakannya. Pada mulanya, perhubungan mereka berjalan baik melalui surat tetapi satu kejutan telah berlaku. Savannah meminta putus daripada John dan mengumumkan pertunangannya dengan lelaki lain melalui satu surat sahaja.

                           WTC ketika dilanggar terrorist


 Sejak itu, kehidupan John mula berubah. Dia hanya pulang ke Charleston hanya untuk menguruskan mayat ayahnya. Setelah mayat ayahnya telah diuruskan, John cuba untuk bertemu kembali dengan Savannah setelah dua tahun terpisah sejak daripada perpisahan dulu dan dipertemuan itu, segala-galanya terbongkar.


                John ketika membaca surat daripada Savannah

Comment : Filem ini  yang merupakan satu adaptasi daripada sebuah novel, aku kategorikan 'oklah' sebab plotnya boleh dikatakan agak 'straight forward'. Plotnya berjalan lancar  dan bersifat sekata sahaja dan jalan ceritanya boleh diagak sehingga ke akhir cerita. Lakonan yang ditonjolkan oleh Channing Tatum dan Amanda Seyfried memang sesuai dan bertepatan dengan nada filem ini. Manakala daripada segi penataan teknikal, semuanya 'ok.' Bagi sesiapa yang hendak merehatkan minda tanpa perlu berfikir banyak  untuk memikirkan jalan ceritanya dan ingin melayan sedikit blues yang ada di dalam jiwa, maka filem ini salah satu pilihan yang bagus.
                    John bersama ayahnya disaat kematian ayahnya.

                                                       Novel asal
             

Rating : 6.45 (kalau korang dah boring sangat, bolehla layan filem nie)

Monday, March 8, 2010

gOOd NEWS for DIETERS!!!!

Now, dieters can test the delicacy of McD and live the world to the fullest!!!!! How???? By buying one of this menu which have been approve healthy either by Weight Watchers or Heart Foundation:

MENU (APPROVED BY)

Chicken McNuggets (Weight Watchers)
 
Filet-O-Fish (Weight Watchers and Heart Foundation)

Sweet Chilli Seared Chicken wrap (Weight Watchers and Heart Foundation)

Lean Beef Burger, Garden Salad and Italian Dressing (Heart Foundation)

6 Chicken McNuggets (Heart Foundation)

Sauce and Garden Salad with Italian Dressin (Heart Foundation)

Hamburger, Garden Salad and Italian Dressing (Heart Foundation)

McChicken, Garden Salad and Italian Dressing (Heart Foundation)

Sweet Chilli Wrap + Garden Salad + Dressing (Heart Foundation)

Tandoori Chicken Wrap + Garden Salad + Dressing (Heart Foundation)

Tandoori Chicken Wrap (Heart Foundation)

So girl, what are you waiting for???? Now you have more choice in menu but stay healthy....
    

tak kesah atau takut?????

This is a pic-story about two elderly in supermarket at London. They were captured seems like ignoring South Africa President, Jacob Zuma behind them and continue shopping cheese like nothing ever happen. But, i think this is what actually happen:

elderly man: ayang, ada orang kenamaan lah!
elderly women: aah, ramainya bodyguard dia.
elderly man: ayang buat-buat rilek je.nanti kene tangkap sia-sia je masuk jail.
elderly women:ok.ok....
maka berlalulah Jacob Zuma dibelakang mereka....
elderly man: huh..nasib baik dia tak perasan kita...
elderly women: nasib....
Jacob Zuma: pergh..sombong siot orang tua tadi..tak tegur pun aku....sedih aku...sob3

 
Elderly couple Catherine and John Przeslawsk ignoring South Africa President, Jacob Zuma at Sainsbury's supermarket 

kereta polis paling mahal....

kalau aku duduk kat negara arab nie...tanpa diragui aku akan join polis...dapat bawak kereta mahal free...minyak ditanggung kerajaan..huk3

 

ape macam??? dah berhajat nak tukar profesion pekerjaan????